Gaya Hidup

Kurangkan Kos Dengan Memperbaiki Barang Rosak Secara Percuma

Bila barang elektronik anda rosak, apa yang bakal anda lakukan? Buang dan beli baru atau betulkannya sendiri? Ramai pada zaman sekarang akan memilih untuk buang beli baru kerana ia menjimatkan masa tetapi jika anda boleh betulkannya sendiri apa salahnya bukan?

Namun begitu tidak dinafikan tidak ramai daripada kita mahir dalam bab memperbaiki elektronik. Oleh itu Johnsan Lam, 38 telah menubuhkan sebuah kumpulan yang dipanggil ‘Kaki Repair’ untuk membantu anda memperbaiki kerosakan pada alat elektronik yang anda miliki.¬†

Jangan salah faham, Kaki Repair bukannya sebuah kedai memperbaiki, tetapi ia sebuah kumpulan yang akan mengajar anda untuk memperbaiki alat yang rosak. Apa yang lebih menarik ialah, ianya PERCUMA!

Sesiapa sahaja boleh membawa sebarang alat yang ingin diperbaiki ke lokasi yang ditetapkan pada setiap bulan dan terdapat sekumpulan sukarelawan akan membantu anda memperbaikinya tanpa sebarang cas.

Barangan yang mereka pernah bantu mengajar untuk diperbaiki adalah barangan elektrik seperti adaptor laptop dan mainan kanak-kanak. Mereka juga mengajar cara untuk membaiki pakaian dan perabot yang tidak stabil.

Lam mendapat inspirasi untuk menubuhkan kumpulan ini kerana nilai 3R iaitu kurangkan (reduce), guna semula (reuse) dan kitar semula (recycle). Sejak kecil Lam suka menaiki basikal untuk ke bengkel berdekatan untuk belajar dan pada usia 10 tahun, dia sudah membaik pulih basikalnya. Minatnya itu terbawa sehingga ke tua apabila dia belajar untuk membaiki kereta sendiri.

“Dalam bahasa Hokkien, kaki bermakna melakukan sesuautu perkara sendiri. Oleh itu kami telah memutuskan untuk menamakan kumpulan kami Kaki Repair,” kata Lam yang kini berkerja sebagai pengarah program di sebuah syarikat telekomunikasi.

Kini Kaki Repair mempunyai 800 ahli dan kebanyakan sukarelawan adalah terdiri daripada belia yang mempunyai latar belakang dalam kejuruteraan atau teknologi IT. -TheStar

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Baca Juga

Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker