FesyenGaya Hidup

3 Jenama Fesyen Tempatan Dilakar Dari Hati

Terdapat pelbagai jenama fesyen di pasaran, daripada fesyen mewah kepada fesyen santai. Tetapi ada sesuatu yang istimewa tentang jenama persendirian.

Disini Star2 memperkenalkan tiga jenama tempatan yang menawarkan aksesori fesyen yang mempunyai ciri-ciri mereka yang tersendiri:

Cipela

Pengsas Cipela, Hidayah Hassan. Sumber: The Star

Cipela dari Hidayah Hassan adalah sebuah label kasut yang ditujukan khas untuk wanita moden. Ia menawarkan beberapa pilihan kasut yang sesuai untuk pelbagai gaya hidup yang berbeza.

 

“Perkataan ‘Cipela’ berasal dari Bosnia yang beerti ‘kasut’. Saya memilihnya kerana saya tidak mahu menggunakan nama sendiri sebagai jenama,” kata Hidayah.

Koleksi 2018 Cipela menampilkan gaya klasik dan elegan, di mana ia boleh dipakai ke tempat kerja atau ke mana sahaja.

Menurut Hidayah, kasutnya tidak lagi terhad kepada apa yang terdapat di kedai, sama ada warna atau bentuk.

“Wanita hari ini menjalani gaya hidup yang memerlukan tenaga yang banyak, oleh itu mereka memerlukan kasut yang tidak mengorbankan fungsi asas untuk kecantikan rekaan. Cipela bertujuan memenuhi keperluan itu,” jelasnya.

My Heavenly Atelier

Sumber: My Heavenly Atelier

Pengasas My Heavenly Atelier, Maggie Chui adalah seorang peminat perhiasan buatan tangan. Beliau sangat terkenal dengan rekaan barang kemasnya yang mementingkan penggunaan bentuk geometri sebagai inspirasi.

Walaupun Chui adalah seorang pemuzik, dia menganggap barangan kemas sebagai sesuatu yang memberinya lebih kebebasan untuk meluahkan kreativitinya. Disebabkan itu, dia telah memilih untuk memulakan perniagaan barangan kemasnya sendiri.

Konsep rekaannya terdiri daripada “kekosongan” diiringi oleh corak geometri.

Apabila elemen-elemen ini digabungkan bersama, ia mencipta satu perhiasan yang chic dan effortless, terang Chui.

 

Nala Designs

Sumber: Nala Designs

Lisette Scheers dilahirkan di Singapura dan kini tinggal di Malaysia. Berketurunan Belanda, rekaanya mencerminkan kepelbagaian dan direka untuk semua golongan.

Labelnya, Nala Designs, menawarkan rekaan dalam bentuk perabot, aksesori fesyen, peralatan rumah dan peralatan tulis.

Warna terang adalah antara identiti rekaannya dan dia juga mengambil inspirasi daripada budaya negara Asia lain.

rekaan koleksinya yang terkininya telah diinspirasi daripada sulaman Peranakan.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker