Teknologi

Xiaomi Black Shark Untuk Peminat Permainan Video Telefon Pintar

Xiaomi bakal mengeluarkan sebuah telefon pintar khusus untuk pasaran telefon permainan pintar iaitu Xiaomi Black Shark.

Telefon pintar yang  reka untuk keupayaan bermainan permainan video pada spesifikasi yang hebat, Black Shark dikhabar pesaing yang hebat untuk Razer Phone. Malah skim warnanya juga seakan-akan produk Razer; hijau-hitam.

Dilengkapi prosesor chipset Snapdragon 845, Quad-Core prosesor, RAM sehingga 8 GB berserta 128GB untuk storan; pengalaman bermain pada telefon ini menjadi lebih lancar.

Telefon ini juga dilengkapi ‘cecair penyejuk’ di mana ia menggunakan penyah-haba  seperti yang ada pada Nokia Lumia 950. Black Shark juga dikatakan mampu menyah-haba sehingga 8 darjah celcius dan telefon tidak akan menjadi terlalu panas.

Apa yang menarik tentang Black Shark ini adalah analog controller yang boleh disambung dibahagian atas telefon pintar ini.

Analog controller ini sesuai digunakan untuk permainan bergenre MOBA dan First Person Shooter di mana kawalan lebih menyeluruh dan lebih selesa.

Black Shark ini juga mempunyai dwi-lensa kamera dengan 12+20 megapixel untuk kamera di belakang manakala 20 megapixel untuk kamera hadapan.

Xiaomi menjelaskan telefon ini akan mula dijual hujung April ini. Pra-pesanan Black Shark sudahpun dimulakan dengan harga 3499 yuan (China) dan lebih kurang RM2,500. Tiada sebarang berita mahupun harga yang ditetapkan di pasaran Malaysia setakat ini.

Dengan kemunculan banyak permainan video telefon pintar seperti PUBG Mobile, Arena of Valor, Free Fire, Mobile Legends dan sebagainya, Xiaomi Black ini dikhabar mampu menjadi telefon pilihan orang ramai dengan spesifikasi dan harganya yang berpatutan.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker