AntarabangsaIsu Semasa

Rakyat Korea Utara Raikan Ulang Tahun Ke-106 Kim Il Sung

Tarikh 15 April merupakan hari yang amat penting bagi seluruh warga Korea Utara memandangkan ia merupakan hari kelahiran pengasas negara itu, Kim Il Sung.

Tahun ini menandakan ulang tahun kelahiran mendiang yang ke-106, dan ribuan rakyat dari pelbagai latar belakang termasuk tentera, pihak berkuasa, kanak-kanak dan keluarga telah meletakkan bunga di patung pemimpin itu sebagai tanda penghormatan.

“Pemimping Agung Kim Il Sung dan Kim Jong Il sentiasa bersama kami,” tulis sebuah banting.

Bunga-bunga yang diletakkan datang dalam pelbagai bentuk dan jenis. Malah, terdapat sesetengah individu yang membawa sebakul bunga emas.

Selain daripada memberi bunga, rakyat juga akan memberi tunduk hormat kepada patung itu bagi menzahirkan perasaan sayang dan kesetiaan mereka terhadap pemimpin.

Memetik laporan AFP, rakyat Pyongyang diajar untuk menghormati semua pemimpin mereka dari usia kecil lagi.

Gambar atuk dan ayah kepada pemimpin Kim Jong-un turut dipasang di setiap rumah, sekolah dan tempat kerja di seluruh negara.

Jong-un merupakan pewaris ketiga di dalam dinasti Korea Utara yang memimpin negara miskin, tetapi dilengkapi dengan senjata nuklear itu.

Dalam pada itu, tarikh 15 April setiap tahun turut dikenali sebagai ‘Day of the Sun’ atau ‘Hari Matahari’, yang disifatkan seperti hari perayaan Krismas.

Difahamkan, Kim Il Sung yang meninggal dunia pada tahun 1994 dianggap sebagai “Pemimpin Abadi”, manakala anaknya, Kim Jong Il yang menghembuskan nafas terakhir 7 tahun lalu adalah “Setiausaha Agung Abadi” parti pemerintah.

Setakat ini, tarikh berkenaan merupakan hari yang paling penting bagi negara itu, di mana ia kadang-kadang di sambut dengan perarakan tentera secara besar-besaran, seperti yang telah dilakukan pada tahun lepas.

Menurut Leftenan Ryu Yong Jong, seorang pegawai tentera muda yang telah berkhidmat selama 9 tahun,  melawat patung-patung pemimpinnya meningkatkan lagi semangat beliau mempertahankan kepimpinan Jong-un.

Selain itu, rakyat Korea Utara juga dikatakan hanya meluahkan sokongan penuh mereka kepada kerajaan apabila bercakap dengan media-media asing.

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker