Hiburan

Perincian Terkini Perkahwinan Putera Harry Dan Meghan Markle

Setiap kali membelek surat akhbar di bahagian Gaya Hidup mesti terdapat keratan akhbar tentang majlis perkahwinan pasangan kesayangan Britain, iaitu Putera Harry dan Meghan Markle.

Hanya tinggal sebulan sahaja lagi sebelum berlangsungnya hari yang penuh bersejarah ini. Mungkin terdapat pembaca di luar sana yang ingin tahu siapa yang mencipta gaun Meghan Markle, dan gubahan bunga jenis apa yang bakal diiring Meghan ketika berjalan ke altar.

Di sini kami telah mengumpul beberapa informasi tentang perincian majlis perkahwinan tersebut;

Tarikh

Banyak persediaan yang sedang dilakukan bagi meraikan hari berbahagia mereka yang bakal berlangsung pada hari Sabtu, 19 Mei ini.

Lokasi

Gereja St George menjadi pilihan lokasi perkahwinan mereka. Terletak di Windsor Castle, gereja ini dapat menempatkan sehingga 800 tetamu.

Itinerari

Majlis perkahwinan ini akan berlangsung dari jam 12 tengah hari sehingga 1 petang, dan selepas itu mereka akan dibawa berarak merentasi Windsor dengan menggunakan kereta kuda.

Kereta kuda ini akan akan bergerak sepanjang jalan Castle Hill, High Street, Sheet Street, Kings Road, Albert Road, Long Walk dan kembali ke Windsor Castle di mana Harry dan Meghan akan kembali ke majlis resepsi untuk tetamu jemaah di St George’s Hall.

Pada waktu petang, Putera Charles juga akan mengadakan majlis resepsi petang peribadi untuk pasangan itu bersama keluarga dan kawan rapat.

Gaun

Meghan Markle dilaporkan telah pun memilih pereka dan juga gaun perkahwinannya. Walaupun identiti pereka itu tidak akan diketahui sehinggalah Markle tiba di gereja St George pada 19 Mei ini, terdapat khabar angin bahawa Meghan Markle telah memilih Ralph & Russo sebagai pereka rasmi.

Ralph & Russo terkenal dengan gaun feminin dan lembut yang sesuai untuk seorang puteri.

Antara pereka lain yang dilaporkan adalah, Roland Mouret, Burberry, Alexander McQueen, Erdem, Jenny Packham dan Inbal Dror.

Kek

Meghan Markle bersama tunangnya Putera Harry telah memilih Chef Pastri dari Amerika, Claire Ptak yang beroperasi di London untuk membuat kek lemon Elderflower untuk perkahwinan mereka.

“Putera Harry dan Ms Markle telah meminta Ms Ptak untuk mecipta kek lemon Elderflower bagi menggabungkan perasa riang musim bunga,” menurut kenyataan Kensington Palace.

Ia akan disaluti krim mentega dan dihiasi dengan bunga-bunga segar.

Gubahan Bunga

Pasangan mempelai diraja ini telah memilih Phillippa Craddock sebagai pereka jambangan bunga rasmi untuk hari istimewa mereka.

Hiasan bunga di dalam gereja St. George di Windsor Castle serta jambangan tangan yang bakal dibimbing oleh Meghan akan memberi penghormatan kepada ibu putera Harry, Puteri Diana, dengan menggunakan bunga kegemarannya, iaitu bunga mawar putih.

Menurut beberapa laporan lain, sebagai tambahan kepada bunga mawar putih, bunga hiasan perkahwinan mereka juga akan menggabungkan “peonies dan foxgloves, serta dahan beech, birch dan hornbeam untuk hiasan bunga di gereja.”

Jurugambar

Alexi Lubomirksi telah dipilih sebagai jurugambar rasmi untuk perkahwinan ini. Harry dan Meghan dilaporkan berpuas hati dan bergembira dengan potret pertunangan yang diambil oleh beliau pada November lalu sehinggakan mereka memilih Lubomirksi sekali lagi untuk merakamkan hari paling berbahagia mereka.

Gambar oleh Alexi Lubomirksi

Tetamu jemputan

Harry dan bakal isterinya, Meghan Markle telah menjemput 600 tetamu yang mempunyai hubungan langsung dengan mereka.

Menurut Kensington Palace, tiada ahli politik tempatan ataupun antarabangsa yang akan menghadiri majlis perkahwinan mereka.

Pasangan itu juga telah meminta Lord Lieutenants untuk menjemput 1,200 orang bagi meraikan majlis ini, antaranya termasuk beberapa orang muda yang telah membantu komuniti mereka.

Selain itu, orang awam juga merupakan antara 2,640 tetamu yang dijemput ke perkarangan Windsor Castle untuk menyaksikan hari bersejarah ini.

Hadiah perkahwinan

Putera Harry dan Meghan Markle telah memilih tujuh badan amal untuk para tetamu mendermakan wang daripada memberi mereka hadiah perkahwinan.

Ini mengikut langkah Duke dan Duchess Cambridge, yang meminta wang untuk didermakan kepada 26 badan amal ketika perkahwinan mereka dan oleh itu berjaya meraih sebanyak £1 juta (RM 5,543,750).

Tujuh badan amal tersebut adalah: Myna Mahila Foundation, Children’s HIV Association (CHIVA), Scotty’s Little Soldiers, StreetGames, Surfers Against Sewage, dan Wilderness Foundation UK.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker