AntarabangsaIsu Semasa

Pereka Kain Sulam Di Afghan Ingin Kekalkan Tradisi

Sedekad yang lalu industri tekstil di Afghanistan setaraf dengan industri permaidani mereka yang terkenal sejak zaman Laluan Sutera.

Tetapi dengan tekstil murah yang diimport dari China yang kini membanjiri pasaran negara tersebut, pereka tekstil tempatan mendapati ia sukar untuk kekal relevan.

Antara perusahaan kecil yang masih mengekalkan pembuatan tekstil menggunakan kaedah tradisional adalah “Zarif”, yang membawa maksud “berharga” dalam bahasa Parsi.

Menurut AFP, ia dilancarkan pada tahun 2006 dan mengambil lebih daripada 24 orang untuk bekerja. Kebanyakan daripada mereka adalah golongan wanita yang menukar kain kapas atau sutera kepada pakaian bersulam.

Pengasas kedai ini, Zolaykha Sherzad berkata pada zaman kegemilangan pasaran tekstil di Afghanistan, kain bukanlah sekadar kain untuk membuat pakaian. Corak dan sulaman tertentu dapat melambangkan sejarah pembuat kain tersebut.

“Dahulu kain-kain di sini semua bersulam, ada di dinding, kusyen… gaun perkahwinan,” kata Sherzad.

Dengan Zarif, beliau berharap dapat mengekalkan tradisi tekstil di Afghanistan dan dapat kembalikan kain sulaman tradisional sebagai sebahagian daripada pakaian harian.

Sumber: AFP

Namun, ramai pelanggan lebih suka memilih kain tiruan yang berharga rendah. Kain yang diimport dari China ini mirip kain tradisional tetapi berkualiti rendah.

Kain tiruan ini dijual pada harga 800 hingga 1,200 Aghanis (RM43 hingga RM70) berbanding kain buatan tangan yang dijual pada harga 2,500 Afghanis (RM140).

Selain mengekalkan tradisi, menerusi Zarif, Sherzad berharap dapat membantu golongan wanita menjana pendapatan kerana di bawah pemerintahan Taliban pada tahun 1996 hingga 2001 wanita telah diharamkan bekerja.

Sejak penubuhan perniagaan ini, Zarif telah melatih lebih daripada 85 wanita.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker