AntarabangsaIsu Semasa

Negara Manakah Pengeluar Terbesar Gas Rumah Hijau?

Dunia sekarang mengeluarkan 40 kali lebih banyak pelepasan gas rumah hijau (GHG) ke atmosfera berbanding tahun 1850. Walaupun pelepasan telah meningkat secara dramatik buat masa ini, negara yang bertanggungjawab untuk pelepasan gas ini masih tidak melakukan sebarang perubahan.

Tujuh negara yang konsisten dalam menjadi pegeluar GHG utama setiap tahun sejak 1850 ialah Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, Perancis, Rusia dan terbaru ialah India dan China. Sebagai perbandingan, tiga perempat daripada 50 negara pengeluar GHG paling rendah pada tahun 2014 adalah negara yang sama seperti tahun 1850.

Walau bagaimanapun, beberapa negara menunjukkan perubahan signifikan dalam kedudukan mereka. Peningkatan terbesar diperhatikan di negara pengeluar minyak dan gas di mana hampir semua negara yang mempunyai produk petroleum sebagai eksport utama, mula menaiki ranking. Pada masa yang sama, pemisahan Kesatuan Soviet menyumbang kepada kemerosotan utama pengeluaran GHG di Lithuania, Tajikistan, Latvia, Moldova dan Georgia.

Fokus utama sepatutunya diberikan kepada 10 negara yang masih konsisten dalam menjadi pengeluar terbesar GHG. Enam negara yang menjadi pengeluar utama pada 1850 masih kekal sama dalam 160 tahun kemudian iaitu Kesatuan Eropah, China, Jerman, India, Rusia dan AS.

Walaupun semakin banyak kebimbangan antarabangsa terhadap perubahan iklim, pelepasan global terus meningkat. Jumlah pelepasan dunia meningkat sebanyak 31 peratus termasuk pelepasan dari penggunaan tanah, perubahan guna tanah dan kehutanan (LULUCF) antara tahun 1990 dan 2014. Pertumbuhan telah didorong oleh ekonomi utama seperti China yang mendahului AS sebagai negara pengeluar GHG terbesar pada tahun 2005.

Walaupun banyak negara pengeluar terbesar GHG pada tahun 1990 telah menurun pada tahun 2014, Iran, Arab Saudi, Korea Selatan, Pakistan, dan Nigeria melakukan peningkatan sekurang-kurangnya 10 tempat dalam tempoh 25 tahun, menduduki di antara 20 negara pengeluar tahunan terbesar di dunia 2014.

Negara-negara membangun telah melihat pertumbuhan pelepasan GHG yang ketara dalam beberapa tahun kebelakangan ini tetapi dalam istilah per kapita, gambarannya sangat berbeza. Contohnya, semasa pelepasan keseluruhan India meningkat, pelepasan per kapita mereka berada jauh di bawah negara pengeluar utama lain. Pelepasan per kapita AS kini lebih daripada tujuh kali dari India.

Walau bagaimanapun, pelepasan GHG per kapita di negara ekonomi membangun seperti Indonesia, China, dan Iran semakin meningkat dan melebihi negara-negara maju, serta pelepasan purata per kapita Kesatuan Eropah.

Analisis Institut Sumberdaya Dunia mendapati bahawa 49 buah negara mencapai kemuncak pelepasan GHG mereka pada tahun 2010 dan empat lagi dijangka meningkat pada tahun 2020. Menurut komitmen iklim negara di bawah Perjanjian Paris, tujuh daripada pengeluar 10 teratas semasa (China, Amerika Syarikat , Rusia, Jepun, Brazil, Jerman, dan Mexico) telah memuncak atau mempunyai komitmen untuk mencapai kemuncak pelepasan menjelang 2030.

Beberapa negara pengeluar utama seperti UK, Perancis, Brazil, Sepanyol dan Kanada telah dapat mengekalkan pertumbuhan ekonomi mereka dan pada masa yang sama telah mencapai kemuncak, bahkan mengurangkan tahap pelepasan mereka. Hakikat bahawa satu perempat daripada pelepasan semua negara telah mencapai kemuncak pelepasan mereka adalah menggalakkan.

Mencapai kemuncak pelepasan adalah langkah pertama ke arah pengurangan pelepasan GHG. Negara-negara di dunia seharusnya memberi komitmen untuk mencapai kemuncak pelepasan mereka secepat mungkin, menetapkan puncak mereka pada tahap pelepasan yang lebih rendah, dan komited untuk penurunan kadar pelepasan yang ketara selepas mencapai kemuncak. – NST

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker