Sukan

City Julang Piala Liga, United Menyerah

Manchester City dibawah bimbingan Pep Guardiola akhirnya berjaya menjadi juara Liga Perdana Inggeris selepas West Bromwich Albion mengejutkan Manchester United dengan kemenangan 1-0.

United membantutkan kejayaan City dengan merampas kemenangan dari genggaman City selepas muncul dari belakang untuk menang 3-2 di Stadium Etihad minggu lalu. Namun mereka gagal untuk mengulanginya minggu ini.

Gaya permainan City yang bermain secara posesif mengejutkan kelab-kelab Liga Perdana Inggeris. Satu peringatan kepada pengkritik-pengkritik yang mempersoalkan Guardiola apabila beliau gagal memenangi sebarang piala pada musim pertamanya di England.

Anak buah Guardiola menjadi pasukan ketiga di dalam sejarah Liga Perdana Inggeris yang berjaya menewaskan kesemua pasukan pada musim yang sama.

Malah mereka melakukannya dengan penuh gaya, menjaringkan 93 gol dan hanya tewas dua kali dalam 33 perlawanan untuk meninggalkan pasukan-pasukan lain jauh di belakang.

The Citizen, di bawah bimbingan Guardiola dan Manchester United ketika kendalian Sir Alex Ferguson pada musim 2000-01 menjadi dua kelab yang memenangi Liga Perdana Inggeris ketika musim masih berbaki 5 perlawanan.

Image result for manchester city

Pengurus dari Sepanyol itu kini telah memenangi tujuh takhta liga dan 24 trofi secara keseluruhan di tiga buah negara, sekaligus memadamkan segala bentuk keraguan yang kononnya Pep akan gagal di bawah tekanan perlawanan yang lebih sengit di Liga Perdana Inggeris.

Manchester City hanya menunggu masa sahaja untuk menjulang piala liga. Mereka telah meletakkan jurang yang sangat luas apabila memenangi 18 perlawanan pertama mereka pada awal musim ini.

Terdapat ura-ura tentang memperolehi musim yang sempurna, tetapi kekebalan City dihancurkan Liverpool dengan kekalahan 3-4.

Walaupun peluang untuk menyamai rekod tanpa kalah the Invincibles Arsenal pada musim 2003-04, kekalahan itu sedikit pun tidak memperlahankan kemaraan mereka ke arah takhta liga.

Mereka kini hampir menyamai rekod mata tertinggi Liga Perdana Inggeris, 95 mata yang diperolehi oleh Jose Mourinho ketika beliau bersama Chelsea pada musim 2004-05. Dan mereka masih boleh mencecah seabad mata sebelum musim ini tamat.

Dilihat pada prestasi individu, ramai pemain-pemain City yang dilihat merasai musim terbaik di dalam kerjaya mereka. 15 bantuan gol Kevin De Bruyne melayakkan dia untuk menjadi calon Pemain Terbaik Tahunan PFA.

17 gol yang dihasilkan Raheem Sterling merupakan rekod terbaik peribadinya.

Fabian Delph pula berkesan di bahagian pertahanan.

Malah Vincent Kompany yang dilanda begtu banyak kecederaan sejak menyertai City pada 2008, kini dapat bermain secara konsisten.

Pasukan itu turut membelanjakan sejumlah wang yang sangat banyak. Selepas memborong pada jendela perpindahan musim panas yang lalu, City telah membelanjakan lebih daripada £200 juta demi mendapatkan Ederson, Kyle Walker, Bernardo Silva, Danilo dan Aymeric Laporte.

Ini membolehkan pasukan bimbingan Guardiola itu bertanding di pebagai kejuaraan.

Walaupun City tewas mengejut di tangan Wigan yang menduduki liga ketiga England ketika pusingan kelima Piala FA, dan gagal untuk sampai ke separuh akhir Liga Juara-Juara buat kali kedua di dalam sejarah kelab itu, namun kini mereka telah menunjukkan bahawa mereka adalah pasukan yang terkuat di persada Liga Perdana Inggeris.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker