HiburanWayang

Bao, Filem Animasi Pixar Pertama Dari Pengarah Wanita

Baru-baru ini Pixar telah mengeluarkan treler untuk filem pendek ‘Bao’ yang telah sekian lama dinanti-nantikan. Filem ini merupakan filem pertama diarah oleh seorang wanita dan juga seorang berketurunan Asia.

Artis storyboard Pixar ini, Domee Shi, menggambarkan filem pendek tentang masakan ini sebagai satu cerita “magikal, kisah-dongeng moden, seperti Gingerbread Man versi Cina.”

Menurut kenyataan rasmi Pixar, filem ini menerokai kisah baik dan buruk hubungan di antara ibu bapa bersama anak mereka menerusi pandangan komuniti imigran China dalam satu penceritaan yang penuh berwarna dan bermacam ragam.

Watak utama cerita ini, iaitu seorang ibu telah mendapat seorang penyeri di dalam hidupnya tetapi lama-kelamaan ‘Dumpling’ itu mula membesar dengan cepat dan ibu tersebut terpaksa menyedari bahawa tiada benda yang kecil dan comel akan kekal kecil dan comel selamanya.

Ibu kepada Shi, yang juga merupakan seorang imigran dari China telah menjadi “penasihat budaya” untuk filem ini. Kepakarannya membuat dumpling telah dijadikan rujukan bagi memastikan babak-babak di dalam filem itu  digambarkan setepat yang mungkin.

Filem pendek Pixar sering mendapat sambutan yang sama seperti filem berdurasi penuh dan dibuat dengan penuh teliti.

Hollywood telah lama dikritik kerana gagal memberi watak untuk orang Asia atau pelakon Amerika berketurunan Asia walaupun watak cerita itu ditulis untuk mereka. Hal ini telah lama berlaku sehingga wujudnya istilah “Hollywood whitewashing”.

Treler untuk filem pendek ‘Bao’ ini telah dipaparkan di Instagram tiga hari lalu, dan sejak itu ia telah mendapat sambutan hangat oleh orang ramai.

“(Saya) sangat teruja untuk (filem) pendek (ini) kerana ia dikeluarkan oleh pengarah wanita Asia pertama Pixar. Saya dapat rasakan bahawa (filem ini) adalah sangat emosional. (Saya) tidak sabar,” kata peminat Abby Berlage.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker