Gaya HidupKerjaya

Anda Juga Boleh Buat Video Game Sendiri

Pernahkah anda terfikir bahawa anda juga mampu membina permainan video seperti itu?

Mengambil kisah pencipta permainan Flappy Bird yang terkenal pada tahun 2013, penciptanya yang bernama Dong Nguyen merupakan pencipta solo yang berasal dari Vietnam telah berjaya menghasilkan RM195,000 dalam sehari hasil daripada permainannya itu. Oleh itu, anda juga mampu melakukannya.

Walaupun kemungkinan keuntungan lumayan seperti Nguyen tidak mendapat jaminan bagi setiap pereka permainan video, tetapi ia tidak mustahil untuk seseorang mendapat pendapatan melaluinya.

Beberapa pereka permainan video Malaysia berkongsi dengan TheStar tentang langkah-langkah untuk menghasilkan karya permainan video anda sendiri.

  1. Fikirkan permainan yang anda mahu cipta.Terdapat banyak perkara seorang pereka permainan video boleh lakukan. Daripada permainan gosok gigi atau menjadi petani sehingga keluar angkasa semuanya boleh. Yang penting, anda perlu idea dan jalan cerita.
  2. Lakarkan idea di atas kertas supaya anda boleh membina prototaip (contoh awal).Mulakan dengan carta alir yang mewakili aksi dan hasil yang akan terjadi setelah itu. Anda dinasihatkan untuk bermula dengan permainan mudah tanpa fungsi pelbagai pengguna, komuniti atas talian atau efek 3D bagi permainan pertama anda.

    Pastikan permainan anda itu mudah sepreti Flappy Bird dan bukannya seperti Mobile Legend kerana ia memerlukan bajet yang besar dan tidak mungkin dilakukan dengan hanya anda seorang.

    Idea yang mudah (simple) adalah yang terbaik kerana anda boleh menambah fungsi setelah anda semakin mahir.

  3. Belajar pengkodan kerana ia adalah elemen paling penting untuk membuat permainan video. Jika anda tidak ada bajet untuk masuk kursus, boleh cuba dengan hanya menonton Youtube.
  4. Fikirkan di mana anda mahu menyiarkan permainan anda. Sama ada permainan untuk telefon ataupun komputer.Perkara yang paling munasabah untuk yang baru hendak bermula ialah untuk menyiarkannya di telefon bimbit walaupun pesaingnya tinggi. Walau bagaimanapun, mencipta permainan untuk telefon dan komputer tidak jauh bezanya. Jika anda mencipta untuk komputer, anda perlu mencipta kod untuk kontrol.
  5. Cari produk percuma serta landasan untuk anda mencipta permainan video di internet. Antara yang popular ialah Unreal Engine 4 dan Unity 5.Dengan menggunakan landasan ini, ia dapat membantu pencipta permainan menghasilkan permainan dengan grafik profesional dan tutorial yang banyak serta komuniti aktif yang boleh membantu orang baru untuk menghasilkan permainan seperti yang dihasilkan oleh orang profesional.
  6. Tetapkan masa untuk anda menghasilkan karya anda dan ikutinya.

Jangan melencong dan menokok tambah dari pelan asal kerana ia akan menambahkan masa anda untuk menghasilkan satu permainan.

Pakar turut berkongsi tip bahawa anda tidak memerlukan komputer yang canggih untuk mencipta sesuatu permainan.

Jangan membazirkan wang anda untuk sesuatu yang terlalu mahal tetapi bakal menjadi ketinggalan zaman kerana teknologi berkembang dengan sangat cepat.

Apa yang penting ialah anda membina skill dengan mencari ilmu dan pengalaman pada tempat yang anda kurang mahir seperti programming.

Malah, jangan takut jika anda tidak pernah mengikuti kursus programming secara formal kerana ramai yang mahir dalam bidang ini tidak pernah mengikuti kursus sebegitu.

Kursus game development (pembuatan permainan) masih baharu di Malaysia dan tidak wujud sebelum ini. Apa yang bakal membezakan orang yang tidak mengikuti kursus dengan yang mengikuti kursus sebegitu ialah mereka mempunyai pengalaman dalam industri pembuatan permainan.

“Jangan pernah putus asa. Jika anda gagal, cepatlah bangkit semula”, nasihat pengarah pemaju permainan video NightMorning, Abu Huraira.

Abu menambah nasihat kepada yang baru hendak berjinak-jinak dalam industri ini untuk tidak merahsiakan permainan anda itu kerana anda mahu orang main permainan ciptaan anda dan anda perlu dapatkan pengalaman pengguna untuk anda perbetulkan sesebuah permainan itu sejak awal lagi.

Abu Huraira juga menasihatkan pencipta baharu untuk bergembira dengan ciptaan mereka dan jangan terlalu berharap menjadi Nguyen yang boleh kaya dalam masa singkat tetapi jadilah seperti pencipta Angry Birds yang telah gagal 50 kali sebelum berjaya dengan ciptaan mereka.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker