Gaya HidupKesihatan

Periksa Kandungan Di Klinik Kerajaan Atau Swasta?

Jika anda masih keliru dengan keperluan dan perbezaan untuk memeriksa kandungan anda di klinik kerajaan atau swasta, sebagai ibu yang baru sahaja melahirkan anak dan telah melakukan pemeriksaan di kedua-dua klinik kerajaan dan swasta, adalah memadai untuk anda ke klinik kesihatan kerajaan sepenuhnya.

Namun, jika anda mempunyai duit lebih, pergilah ke klinik kesihatan swasta untuk periksa kandungan anda dengan imbasan ultrasound untuk melihat dengan lebih jelas keadaan bayi dalam kandungan yang dikenali sebagai detail scan.

Umum tahu kelemahan paling ketara bagi mendapatkan rawatan di klinik kesihatan kerajaan (KK) ialah masa menunggunya tetapi ia boleh dianggap berbaloi dengan ketelitian pemeriksaan yang dilakukan di sini walaupun ia dilakukan oleh jururawat.

Di klinik kesihatan, pemeriksaan dengan doktor yang bertugas akan dilakukan sekurang-kurangnya sekali untuk imbasan dan pemeriksaan kesihatan keseluruhan. Pemeriksaan dengan doktor seterusnya hanya dijalankan apabila perlu.

Pada setiap pemeriksaan di klinik kesihatan, anda akan melalui proses ini:-

▫️Temu ramah ringkas dengan jururawat (akan bertanya soalan-soalan asas mengenai keadaan kesihatan anda ketika itu dan pergerakan bayi )
▫️Pemeriksaan dengan doktor bertugas (apabila perlu, tidak semestinya pada setiap kali).
▫️Ujian air kencing untuk mengesan protein dan gula.
▫️Pemeriksaan tekanan darah
▫️Ukuran berat badan
▫️Merasa perut anda untuk memeriksa kedudukan bayi,saiz dan perkembangannya
▫️Mendengar degupan jantung bayi. Ini boleh dilakukan menggunakan stetoskop khas (Pinard).
▫️Memeriksa sekiranya anda mengalami bengkak kaki,tangan atau muka.

Selain itu, dari semasa ke semasa anda akan menjalankan enam jenis ujian:-

  1. Ujian darah
    Semasa pemeriksaan pranatal pertama di KK, anda akan menjalani satu ujian darah untuk memeriksa:
    ▫️kumpulan darah anda
    ▫️Faktor rhesus
    ▫️sebarang jangkitan termasuk HIV , sifilis dan HEPATITIS BRhesus adalah protein (antigen) yang terdapat pada permukaan sel darah merah. Jika ibu memiliki Rh negatif sedangkan bayi dalam kandungan memiliki Rh positif (+), maka tubuh ibu akan mengenal Rh+ tersebut sebagai sesuatu yang asing di tubuh ibu dan melawannya.

    Ujian darah untuk memeriksa kadar hemoglobin pula akan dilakukan setiap tiga bulan. Walau bagaimanapun, sekiranya anda didapati mempunyai masalah ANEMIA (Kekurangan darah) doktor mungkin akan membuat pemeriksaan yang lebih kerap.

  2. Suntikan kancing gigi (tetanus)
    Jika ini adalah kehamilan pertama anda, suntikan kancing gigi akan diberikan sejurus anda dapat merasa atau mengenalpasti pergerakan bayi. Dos yang kedua akan diberi sebulan kemudian.Bagi kehamilan seterusnya, satu dos bagi setiap kehamilan sahaja diperlukan dan diberikan untuk melalikan anda dan bayi daripada kesan penyakit kancing gigi.

    Suntikan ini perlu untuk mengurangkan kebarangkalian jangkitan kuman jika terdapat luka. Jika ia tidak dilakukan, kuman boleh memasuki tubuh dan merosakkan sistem saraf dan membunuh pesakit.

  3. MGTT (MODIFIED GLUCOSE TOLERANCE TEST)
    Pemeriksaan glukosa (gula) akan dilakukan di antara bulan ke-5 dan ke-7 kehamilan, anda akan menjalani Ujian toleransi glukos oral untuk menguji Kencing manis.

    Ujian ini memerlukan anda berpuasa semalaman sebelum menjalani ujian darah. Jika anda mempunyai faktor risiko tambahan untuk kencing manis, ujian tersebut akan dilakukan semasa awal kehamilan dan mungkin diulang pada trimester ketiga jika ujian pertama didapati normal.

    Ujian MGTT wajib bagi kandungan pertama jika pesakit berusia 25 tahun ke atas,obesiti atau mempunyai ahli keluarga yang ada sejarah kencing manis.

4. Pemeriksaan payudara

Semasa pemeriksaan pertama anda di KK, jururawat mungkin akan memeriksa payudara untuk memastikan tiada ketulan tidak normal dan untuk memastikan tiada masalah apabila menyusukan nanti. Jururawat akan berbincang dengan anda dan memberi nasihat tentang penyusuan badan.

5. Imbasan ultrabunyi (ultrasound)
Sebilangan klinik kerajaan menyediakan ultrasound secara terhad manakala sebahagian lagi tidak menyediakan kemudahan ini. Kebanyakan KK bergantung kepada kaedah manual seperti mengukur perut dan mendengar degupan jantung bayi.

Di klinik kerajaan yang mempunyai kemudahan ultrabunyi atau ultrasound, anda mungkin akan diimbas dua kali

▫️sekali dalam trimester pertama untuk mengesan sebarang ketidaknormalan, kehamilan berganda dan untuk menolak kemungkinan kehamilan di luar rahim (ektopik)
▫️sekali dalam trimester ketiga untuk memeriksa perkembangan bayi dan kedudukan plasenta anda.

Jika anda mahu mendapatkan ujian-ujian pranatal yang lain seperti imbasan atau scan untuk sindrom down,anda perlu membayar untuk mendapatkannya di klinik atau hospital swasta.

6. Pemeriksaan pergigian semasa hamil
Ada di antara KK yang berada dalam kawasan klinik-klinik kerajaan yang turut menempatkan klinik pergigian. Setiap wanita mengandung yang datang ke klinik tersebut akan diberi pemeriksaan pergigian di situ. Di KK yang tidak mempunyai kemudahan tersebut pula, anda akan dirujuk ke klinik pergigian terdekat.

Di klinik pergigian, doktor gigi akan memeriksa gigi dan gusi anda dan memberi nasihat mengenai penjagaan pergigian semasa mengandung.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker