AntarabangsaFesyenGaya Hidup

Minggu Fesyen Arab Dianjurkan Buat Julung Kali Di Arab Saudi

Jean Paul Gaultier dan Roberto Cavalli kini berada di Arab Saudi bagi melancarkan koleksi mereka di pentas peragaan fesyen buat pertama kalinya.

Acara ini diadakan di Ritz-Carlton Hotel di Riyadh selama empat hari dan dihadiri oleh 1,500 peserta termasuk 400 orang dari luar negara.

Caroline Rush, Puteri Noura Bint Faisal Al Saud, Layla Issa Abuzaid dan Jacob Abrian. Sumber: Getty Images

Petri Noura Bint Fasial Al-Saud presiden kehormat Majlis Fesyen Arab di Riyadh yang untuk hadir untuk acara ini berkata, “majlis fesyen kami sedang mencuba untuk membawa industri fesyen di Saudi Arabia kepada tahap baharu, tahap industri baharu.”

Nama-nama terkenal daripada industri fesyen di Itali, Rusia dan Lubnan juga hadir dalam acara ini untuk menghargai karya pereka tempatan dan antarabangsa.

Dengan mengadakan acara ini, Pengarah Arab Fashion League (AFC) untuk Arab Saudi Layla Issa Abouzeid berharap dapat meningkatkan pendapatan kerajaan dan menghargai bakat tempatan.

“Saya mahu mewujudkan platform bagi pereka tempatan untuk menuju ke tahap global,” kata Abouzeid.

Sudah tentu, beberapa peraturan yang ketat masih perlu dilakukan. Acara pentas peragaan hanya boleh dihadiri oleh kaum wanita.

Model dan artis solek dalam acara itu mengakui agak terkejut dengan minggu fesyen yang sedang berlangsung di negara ini.

“Kami berasa teruja kerana ini adalah minggu fesyen pertama di Arab Saudi, jadi kami mencipta sejarah,” kata model Anita Dmycroska.

Dilaporkan oleh Reuters, para model memaparkan karya pereka fesyen dari Brazil, Lebanon, Rusia, Arab Saudi, Amerika Syarikat dan Emiriah Arab Bersatu.

Pelancaran minggu fesyen Arab buat kali pertama ini merupakan salah satu perubahan ke arah pemodenan oleh Kerajaan Arab Saudi.

Di bawah kepimpinan Putera Mahkota Mohammed bin Salman, Arab Saudi telah menghapuskan beberapa peraturan yang ketat dan sekatan sosial.

Beberapa bulan yang lalu, Salman telah membenarkan konsert awam dan panggung wayang diadakan serta memberi kebenaran untuk wanita memandu kereta.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker