Sukan

Jurulatih Muda Malaysia Sertai Program F4F

Seorang jurulatih muda dari Malaysia akan menyertai program Bolasepak Untuk Persahabatan (F4F) buat pertama kalinya bagi menyatukan anak-anak muda dari 211 buah negara di seluruh dunia.

Gazprom, rakan rasmi FIFA dan Piala Dunia FIFA 2018 mengumumkan pembukaan musim ke-6 Projek Sosial  Kanak-Kanak Antarabangsa F4F yang dilancarkan buat pertama kali di Malaysia.

Di dalam satu kenyataan, Gazprom berkata, tujuan program ini adalah untuk melibatkan generasi muda di seluruh dunia bagi mempromosikan kepentingan nilai-nilai kemanusiaan dikalangan rakan sebaya menerusi persahabatan, kesaksamaan, ketenangan dan menghormati budaya serta warganegara asing.

Wakil dari Malaysia tersebut akan menyertai program itu sebagai seorang “jurulatih muda” di dalam pasukan Persahabatan Antarabangsanya itu.

“32 pasukan Persahabatan Antarabangsa telah ditubuhkan ketika cabutan pembukaan. Selain itu, posisi setiap pemain muda juga turut ditentukan.

“32 pasukan ini akan bertanding di Kejuaraan Bolasepak Untuk Persahabatan pada 12 Jun ini,” kata Gazprom.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menyatakan bahawa ini adalah kali pertama Malaysia menghantar wakil untuk menyertai program F4F, dan mereka berharap jurulatih muda yang terpilih itu dapat menyumbang kepada program itu secara positif dan membawa pulang ilmu serta pengalaman berharga kepada Malaysia.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close