HiburanTeknologi

Gelaran Juara Donkey Kong Ditarik

Pemegang rekod tertinggi permainan video arked Donkey Kong, Billy Mitchell telah dilucutkan gelarannya oleh Twin Galaxies, sebuah organisasi yang mencatat dan menyimpan rekod bagi permainan video.

Billy Mitchell merupakan individu terkenal dalam dunia permainan arked dan bintang kepada documentary, King of Kong.

Popularitinya juga meningkat apabila sering dikaitkan dengan pesaingnya, Steve Wiebe.

Menurut laporan, penarikan rekod dan gelaran Mitchell adalah kerana beliau telah melanggar peraturan Twin Galaxies dimana setiap rekod perlu dimain menggunakan mesin arked yang sebenar.

Walaupun Mitchell merupakan individu yang pertama mencecah skor 1 juta di dalam permainan Donkey Kong, beliau dikatakan menipu kerana menggunakan MAME (Multiple Arcade Machine Emulator) emulator dan bukan mesin arked sebenar.

Twin Galaxies menjelaskan bahawa skor yang dicatat tanpa menggunakan mesin arked tidak akan direkod dan ia adalah pelanggaran peraturan.

Isu bermula apabila seorang individu, Jeremy “Xelnia” Young mempertikaikan di dalam sebuah forum bahawa penggunaan emulator seperti MAME bagi mencatat skor tidak sama seperti mesin arked sebenar.

Young juga menyatakan Mitchell mungkin melakukan penipuan dalam mencatat skor.

Setelah siasatan dan semakan dilakukan, Twin Galaxies telah menarik semua rekod skor permainan Mitchell dan beliau turut di larang untuk menghantar skor baru di masa akan datang.

Dengan penarikan itu, Steve Wiebe menjadi orang yang pertama mencatat skor 1 juta di dalam permainan arked Donkey Kong.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker