AntarabangsaIsu Semasa

China Bersiap Sedia Untuk Menentang Taiwan

Tentera laut daripada Angkatan Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China merancang untuk mengadakan latihan ketenteraan menggunakan peluru hidup di Selat Taiwan pada minggu depan.

Memetik laporan Sputnik, langkah ini dijangka akan meningkatkan lagi ketegangan di antara Beijing dan Taipei.

“Latihan ketenteraan akan dilaksanakan….di Selat Taiwan pada 18 April, 2018 (Rabu) di antara jam 8 pagi dan tengah malam,” kata agensi pentadbiran maritim China baru-baru ini.

Pada hari Khamis, Chinese Central TV (CCTV) menayangkan Presiden China, Xi Jinping sedang melihat pesawat PLA berlepas daripada kapal pengangkut pesawat Liaoning.

Siaran tersebut turut menunjukkan bahawa Xi sedang makan bersama pelayar-pelayar tentera laut PLA.

Ketika sesi pergaulan itu, beliau berkata kepada pelayar bahawa keperluan untuk mengukuhkan lagi tentera laut “tidak pernah kritikal seperti hari ini.”

Pada bulan lepas, tentera laut PLA telah mengadakan satu pertunjukan besar-besaran

The PLA Navy recently held a massive show of force off Hainan island with more than 40 ships in late March, including the Liaoning, satellite imagery showed.

Dalam pada itu, akhbar ketenteraan China Military melaporkan bahawa sebanyak 48 kapal perang, 76 pesawat tempur, dan lebih daripada 10,000 kakitangan tentera laut PLA terlibat dalam satu latihan besar-besaran yang diadakan pada bulan lepas.

Sementara itu, tentera udara PLA pula dilaporkan telah menggerakkan pesawat daripada Eastern Command Theater untuk melaksanakan latihan ketenteraan di kawasan tanah tinggi Tibet bagi memberi gambaran permukaan bumi yang lebih tepat jika berlaku pertempuran menentang Taiwan.

“Tanah Besar China perlu terus bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan berlakunya peperangan di seluruh Selat.

“Risiko untuk berlakunya pertempuran ketenteraan menentang Taiwan menjadi semakin meningkat dan mungkin akan berlaku tidak lama lagi,” menurut editorial dalam Global Times yang diterbitkan pada 8 April.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker