Gaya HidupPercutian

Musim Sakura Sudah Tiba. Jom Ke Jepun!

Musim bunga adalah musim yang paling sesuai untuk melawat Jepun. Pada musim ini, Sakura Matsuri atau festival bunga sakura, diraikan di seluruh Jepun pada bulan April. Tetapi dengan tempoh mekar yang pendek, anda perlu tahu bilakah waktu yang tepat untuk menikmati keindahan alam semulajadi ini.

Semasa musim sakura mekar, rakyat Jepun mengambil bahagian dalam satu acara tradisi lama yang dikenali sebagai “hanami” atau berkelah di bawah pokok-pokok bunga sakura.

Kenapa Festival Cherry Blossom diraikan di Jepun?

Aktiviti hanami

Bunga sakura bukan sahaja bunga kebangsaan Jepun, tetapi bunga ini juga mempunyai makna rohani yang lebih tinggi dalam konteks kematian, kesedaran, dan kehidupan dalam agama Buddha.

Bunga sakura Jepun adalah metafora untuk kewujudan manusia. Musim mekar melambangkan kekuasaan, kegemilangan dan keindahan, tetapi sayangnya dalam jangka masa yang pendek. Ini merupakan satu peringatan visual bahawa kehidupan manusia juga hanya seketika.

Bila dan di manakah Cherry Blossom berlaku?

Untuk tahun ini, walaupun agensi-agensi cuaca di Jepun melaporkan musim sakura tiba lebih awal daripada biasa, bermula seawal 16 Mac di ibu negara Tokyo, khabar baiknya ialah sakura tidak mekar secara serentak.

Menurut Travel and Leisure, bunga-bunga pertama biasanya mekar di Okinawa pada bulan Januari dan perlahan-lahan bergerak ke utara kepulauan itu melalui pulau-pulau utama Jepun (termasuk Kyoto dan Tokyo) pada akhir bulan Mac dan awal April, sebelum terus ke utara di bahagian Hokkaido pada awal Mei.

Di Tokyo, salah satu tempat yang paling terkenal untuk melihat keindahan sakura ialah Shinjuku Gyoen, sebuah taman yang mempunyai lebih daripada 1,000 spesies pokok sakura dengan pemandangan langit yang menakjubkan. Sementara itu, jika anda merancang untuk menyertai “hanami”, Yoyogi Park adalah kawasan yang sesuai untuk aktiviti riadah itu.

Shinjuku Gyoen

Di Kyoto pula, Nakaragi no Michi Path sangat sesuai untuk aktiviti “hanami”. Laluan tepi tasik akan membawa anda ke Kyoto Botanical Garden, dan di sepanjang jalan anda boleh berjalan melalui terowong semulajadi sakura.

Nakaragi no Michi Path

Di sebelah selatan, di Prefektur Ehime, terdapat Matsuyama Castle, satu tempat yang menakjubkan untuk berjalan-jalan di bawah rimbunan pepohon merah jambu. Pada hujung minggu pertama bulan April, Matsuyama Spring Festival mengalu-alukan semua pencinta bunga sakura untuk ke perayaan yang menyediakan pelbagai aktiviti termasuk perarakan, penjualan makanan dan banyak lagi.

Matsuyama Castle

Untuk lebih banyak pengalaman yang menakjubkan di negara matahari terbit itu, kunjungi Taman Senkoji di bandar Onomichi. Kawasan ini terletak di atas gunung dengan pemandangan alam semulajadi Jepun termasuk sepuluh ribu pokok sakura yang sedang memekar indah.

Taman Senkoji
Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker