Makan & Minum

Kafe Di Bangkok Ini Bertemakan ‘Kematian’

Kehidupan yang sibuk adalah antara realiti kehidupan moden. Selagi nyawa masih dipanjangkan, selagi itu masing-masing sibuk mengatur kehidupan diri sendiri. Jarang di antara kita berhenti seketika untuk mempertimbangkan masa yang kita masih ada di dunia.

Sebuah kafe di Thailand, “Kid Mai (Think New) Death Café”, menawarkan menu yang terdiri daripada minuman yang dinamakan “kematian” dan “kesakitan”.

Kafe ini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang ‘kematian’ kepada pelanggan supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang baik dan penuh bermakna selepas pengalaman mereka di sana.

Antara pengalaman unik yang terdapat di kafe ini adalah memasuki keranda selama beberapa minit supaya dapat memikirkan saat-saat terakhir mereka.

Pengalaman ini juga adalah salah satu cara untuk memberi kesedaran kepada generasi muda yang taksub dengan teknologi supaya menilai semula kehidupan mereka.

Pemilik kafe ini berkata restorannya bukan satu gimik atau hanya mengangkat tema yang lain daripada yang lain  semata-mata untuk membezakan identiti.

Sebagai seorang profesor dan penyelidik sosial, Veeranut Rojanaprapa mencipta kafe ini bagi mendidik rakyat Thailand, yang terdiri daripada 90% Buddhist, tentang manfaat “kesedaran kematian”.

“Kami mendapati bahawa apabila ada kesedaran tentang kematian ia mengurangkan ketamakan dan kemarahan,” terang Veeranut.

Veeranut percaya membuang perasaan tamak dan marah adalah kunci untuk memperbaiki masyarakat Thailand yang penuh dengan keganasan dan rasuah.

 

 

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker