FesyenGaya Hidup

Ini Cara Yang Betul Untuk Memilih Jaket Bomber

Jaket Bomber merupakan trend terkini dalam fesyen lelaki. Dengan kepelbagaian tekstur, jaket ini senang digayakan dan sesuai dipakai dalam semua keadaan cuaca.

Walaupun mudah didapati, pemilihan jaket Bomber boleh menjadi rumit terutama dengan bentuknya yang tidak konvensional. Ikuti panduan pemilihan jaket Bomber yang betul supaya anda tidak tersilap dalam menggayakan jaket terhangat di pasaran ini.

BAHU

Sama dengan mana-mana jaket lain, pemilihan bahagian bahu sangat penting untuk membuatkan anda kelihatan sempurna.

Jahitan yang menyambungkan bahagian badan ke lengan baju harus terletak betul-betul di tengah bahu. Jika jahitan itu berada di bawah bahu, jaket anda terlalu besar dan jika jahitan lebih pendek, anda mungkin menghadapi masalah untuk menggerakkan tangan.

TORSO

Cara paling mudah untuk mengetahui sama ada jaket anda padan di bahagian badan adalah dengan mencubanya. Jika bahagian tepi kelihatan lebih sebanyak satu atau dua inci, maka saiz itu dianggap sebagai terlalu besar dan anda harus memilih saiz yang lebih kecil.

Bahagian dada sepatutnya membuatkan pemakainya selesa. Biarkan jaket Bomber membentuk bahagian dada anda sama ada ketika dizip atau dibuka. Untuk panjang jaket, ia seharusnya berada di bahagian atas seluar dan bukannya di bahagian bawah seluar supaya badan dan kaki anda akan kelihatan sedikit tinggi.

KOLAR

Salah satu ciri khas jaket Bomber adalah bahagian kolarnya yang berbeza dengan fabrik jaket itu sendiri.  Bahagian kolar biasanya sedikit meninggi dan menutupi bahagian leher si pemakai.

Jangan pilih jaket yang mempunyai bentuk yang terlalu tinggi di bahagian leher kerana ia akan mencacatkan gaya anda. Sesetengah jaket Bomber menggunakan kawasan kolar untuk menambah gaya yang berbeza, jadi ini boleh menjadi ciri utama pada jaket.

LENGAN

Jika anda memilih jaket dengan reka bentuk lapisan dalaman yang tebal, bahagian lengan jaket secara automatiknya menjadi lebih besar. Walau bagaimanapun, jika anda memilih reka bentuk nilon yang lebih nipis, sangat penting untuk memastikan lengan baju anda muat dan memberikan ruang untuk bergerak.

Lengan jaket Bomber memiliki reka bentuk yang unik dengan jahitan mencengkam di pergelangan tangan. Bahagian lengan jaket harus terletak di atas tulang pergelangan tangan anda.

Sumber: The Idleman

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker