Isu SemasaTeknologiTempatan

Cara Buang Alat Elektronik Dengan Betul

Kini semakin ramai yang berbelanja untuk memiliki alat elektronik baharu. Ini termasuk telefon pintar keluaran terbaharu atau alat permainan terbaharu seperti Switch dan Playstation.

Bukan salah untuk memiliki peralatan terkini, tetapi ramai yang tidak tahu cara terbaik untuk menghapuskan peralatan elektronik mereka yang lama.

E-waste atau e-sisa adalah terma yang digunakan untuk merangkumi semua jenis peralatan elektrik dan elektronik dan bahagian-bahagiannya yang telah dibuang oleh pemilik sebagai bahan lupus tanpa niat untuk digunakan semula.

Masalah e-waste ini semakin meningkat di serata dunia dan juga di Malaysia. Menurut kajian, Malaysia dianggar menjana 53 juta unit sisa barangan elektronik seperti telefon bimbit, televisyen, mesin basuh, peti sejuk dan alat penyaman udara pada 2020 iaitu 3.5 kali ganda berbanding tahun 1995.

Menurut wakil eksekutif pengurusan TM Recycle IT Sdn Bhd, Syamsul Amry Tahir, “Kebanyakan teknologi yang terdapat di pasaran boleh dan sepatutnya di kitar semula. TV, komputer riba, dan telefon bimbit versi lama boleh dibongkar.”

Tambahnya lagi, komponen dalam barangan lama boleh digunakan semula untuk memperbaiki alat elektronik yang sama atau model yang sama, dan ini akan mengurangkan barangan eletronik yang dibuang di tapak pelupusan sampah.

“Pembuangan alat elektronik secara kerap dan selamat adalah penting kerana bahan yang terdapat dalam komponen elektrik boleh menjejaskan persekitaran,” kata Syamsul.

Jadi apakah cara yang betul untuk membuang e-waste?

Gambar oleh The Star

Used Computer yang beroperasi di bawah TM Recycle, adalah pusat pemprosesan dan kitar semula e-waste berskala besar di Pulau Indah, Port Klang.

Pelanggan hanya perlu layari www.usedcomputer.com.my untuk menilai barang elektronik yang ingin dilupuskan dengan memasukkan informasi yang relevan dan selepas itu mereka akan mendapat anggaran harga yang boleh diperoleh menerusi pembuangan ini.

“Pelanggan boleh layari laman web kami untuk mendapat perkhidmatan walk-in tetapi kami mempunyai collection team untuk pelanggan yang tidak mahu datang dari jauh,” kata Syamsul kepada The Star.

Beliau menambah bahawa peralatan elektronik yang dihantar untuk pembuangan di Used Computer akan diuruskan dengan kaedah yang diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Kami akan cuba mengitar semula seberapa banyak barang yang kami boleh – peralatan yang boleh digunakan akan diuji dan diubahsuai sebelum dijual semula sebagai produk terpakai,” tambahnya.

Barang-barang yang tidak sesuai diguna semula akan diambil komponennya sebelum dihantar ke syarikat lain untuk mengendalikan proses pelupusan akhir.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button