AntarabangsaPerangPolitik

Bagaimana Amerika Boleh Terjebak Menyertai WW1?

Peperangan yang kini sedang melanda Asia Barat, iaitu benua tandus yang menjajar dari Iran sehingga ke Mesir, sebenarnya mempunyai hubungkait dengan perang-perang besar seperti Perang Dunia Pertama (WW1) dan Kedua (WW2). Sejarah membuktikan bahawa peperangan tersebut sengaja dirancang demi kepentingan pihak tertentu.

Bagaimanakah perkara ini dapat difahami? Atau barangkali soalan lebih tepat: “Siapakah dalang yang merancangnya?”

SISI GELAP PERANG DUNIA PERTAMA (WW1)

Pada awal kurun ke-19, Perang Dunia Pertama (WW1) telah berlaku. Ia melibatkan Triple Alliance menentang Triple Entente.

Triple Alliance adalah pakatan Jerman, Itali dan Empayar Uthmaniah. Dalam perang itu, mereka menentang Triple Entente yang dianggotai Britain, Perancis dan Rusia.

Triple Alliance menentang Triple Entente

Umum mengetahui bahawa 7 tahun sebelum WW1 berlaku, sekumpulan Zionis berpengaruh telah mengadakan Kongres Zionis Sedunia yang pertama di Basle, Switzerland pada 29 Ogos 1897. Kongres itu berperanan mewujudkan sebuah negara bagi kaum Yahudi di Palestin. Waktu itu, Palestin terletak di bawah pemerintahan Empayar Uthmaniah iaitu rakan kepada Jerman.

HUBUNGAN BRITISH – ZIONIS DALAM WW1

Dalam perang itu, Triple Entente (Britain, Perancis dan Rusia) hampir kalah, dan wakil Zionis berpakat dengan mereka. Sekiranya Zionis boleh memujuk Amerika Syarikat (AS) untuk menyertai Triple Entente, sebagai balasan Britain harus membantu mereka merampas Palestin.

Britain bersetuju dan akhirnya mengadakan beberapa perjanjian sebagai tanda persetujuan: –

  1. Deklarasi Balfour pada tahun 1917
  2. Perjanjian Sykes-Picot pada tahun 1916

Namun ketika itu, majoriti masyarakat AS tidak mahu berperang, kerana melihat WW1 sebagai peperangan demi kepentingan Eropah semata-mata. Di samping itu, mereka sedang sibuk bergelut membebaskan diri dari krisis ekonomi paling buruk dalam abad itu dan tiada masa untuk berperang.

Krisis ekonomi “Long Depression” yang melanda AS dari 1873-1896 telah mengakibatkan pekerja marah kerana tidak dibayar gaji.

Jadi, bagaimana untuk menjerat AS?

Jawapannya berada ribuan batu jauhnya dari AS, di tengah-tengah perairan Ireland.

PERISTIWA KAPAL LUSITANIA

Pada 7 Mei 1915, sebuah kapal mewah milik British yang bernama Lusitania telah dihentam oleh torpedo milik Jerman. Serangan itu meranapkan kapal tersebut dan menenggelamkan 2,000 orang penumpangnya, termasuk 128 orang warga Amerika Syarikat.

Sebelumnya, kapal itu dalam pelayaran dari New York ke Liverpool. Kemudian pada tarikh kejadian, torpedo pertama menghentamnya tepat jam 2.12 petang. Menurut catatan seorang mangsa yang terselamat, Earnest Cowper, beliau mendedahkan bahawa kedengaran bunyi letupan dari bahagian dek kapal. Tidak lama kemudian, torpedo kedua pula menghentam dan menenggelamkan kapal itu.

Lusitania on Fire. Sumber: globalresearch

Sejurus sahaja itu, media Britain terus mengeluarkan berita memburukkan Jerman.

Askar-askar Jerman dituduh memasung bayi di gereja, bahkan kerajaan mereka dituduh memberikan cuti sekolah demi meraikan insiden Lusitania. Berita-berita itu kemudian dikutip oleh media-media AS, dan kempen memburukkan Jerman menular pula di sana.

Gambar-gambar kempen propaganda Britain dan Amerika Syarikat bagi memburukkan Jerman

Selepas insiden itu, post-mortem telah dilakukan dan menemukan bahawa sebelum Lusitania berlepas dari New York, ianya telah dimuatkan dengan 600 tan bahan letupan, 6 juta biji peluru serta 1,200 bekas serpihan besi tajam.

Sebelumnya juga, Kolonel Edward Mandell House yakni penasihat kepada Presiden AS Woodrow Wilson telah dipetik sebagai berkata kepada rakan beliau dari London, Sir Edward Grey.

Grey: “Apakah tindakan AS jika Jerman menenggalamkan kapal dengan warga AS di dalamnya?”

House: “Saya percaya, serangan sebegitu semestinya akan mendorong AS untuk berperang dalam WW1”

Rekod-rekod awam menemukan bahawa Kolonel House dan Edward Grey mempunyai hubungan dengan kumpulan Zionis waktu itu.

Kolonel House pernah bertugas bersama seorang jutawan Yahudi dari New York, Bernard Baruch, sebagai penasihat kepada Presiden AS Woodrow Wilson.

Begitu juga dengan Edward Grey, diplomat Britain pro-Zionis itu merupakan antara individu yang terlibat dalam Perjanjian Sykes-Picot 1916, yang menjadi pendahulu (predecessor) kepada Deklarasi Balfour 1917 semasa WW1 berlansung.

Kolonel House

 

Sir Edward Grey, diplomat Britain yang terlibat dalam perjanjian Sykes-Picot 1916

Bukti lain bahawa Lusitania memang dirancang sebagai dalil (pretext) agar Amerika Syarikat menyertai WW1 dapat dilihat melalui tindakan Perdana Menteri Britain waktu itu, Winston Churchill yang mengarahkan supaya kapal itu memperlahankan kelajuan, sedangkan perairan Ireland merupakan kawasan perang yang dipenuhi kapal torpedo Jerman.

Akhirnya, jerat yang dipasang mengena.

Amerika Syarikat pada April 1917 mengisytiharkan diri menyertai WW1 sebagai sekutu kepada Britain.

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker