AntarabangsaIsu Semasa

Kolej Menawarkan Kursus Mengurus Mayat Semakin Mendapat Sambutan

Kita di Malaysia mungkin tidak pernah dengar tentang kursus mengurus mayat yang ditawarkan di kolej. Paling tidak yang ada hanya kursus mengurus jenazah yang ditawarkan oleh masjid atau surau.

Tetapi di China, ia merupakan kursus yang semakin mendapat sambutan dan graduan yang lahir dari kolej tersebut adalah seramai 300 orang setiap tahun.

Changsa Social Work College (Kolej Kerja Sosial Changsa) yang terletak di tengah bandar Hunan ini telah menyediakan kursus pengurusan mayat sejak tahun 1995.

Sumber: amycarpenter.wordpress.com

Ia merangkumi mata pelajaran seperti, bagaimana menulis obituari (notis kematian), mereka cipta kubur, cara mengekalkan keadaan mayat, membersihkan mayat, solekan mayat dan banyak lagi.

Kita mungkin fikir ia perkara biasa di China untuk menawarkan kursus seperti ini. Namun begitu, kolej ini merupakan satu-satunya yang menawarkan kursus sebegini.

Pada awal pembukaan tawaran kursus ini, hanya 120 pelajar yang mendaftar. Kini, terdapat 800 pelajar yang mengikuti kursus ini dengan 300 graduan yang lahir setiap tahun dan sebanyak 1600 peluang pekerjaan ditawarkan kepada mereka yang mahir dalam bidang ini.

Menurut seorang pelajar, walaupun kursus ini semakin popular, namun stigma masyarakat terhadap pekerjaan ini masih menganggap ia bukan kerjaya yang positif sehinggakan adakalanya dia tidak mahu mengaku sedang mengambil kursus ini.

“Jika saya berjumpa dengan orang yang berat sebelah, saya akan kata saya sedang menjalani pengajian rekacipta tetapi jika orang tersebut tidak berat sebelah, saya akan menceritakan tentang kursus saya,” mengaku Xiang Xu, 21 yang merupakan seorang pelajar rekacipta kubur dan budaya penguburan.

Bagi Shen Xinyi, seorang lagi pelajar yang berusia 19 tahun pula, dia mengambil kursus ini kerana mahu mengikuti jejak langkah ayahnya yang juga seorang pengurus mayat. Xinyi berkata ramai rakan sekolahnya menghormati keputusannya untuk belajar tentang pengurusan mayat dan kebanyakannya mempunyai perasaan ingin tahu yang sangat tinggi.

Sebagai pensyarah di kolej tersebut, mereka sentiasa mengingatkan pelajar tentang signifikannya pekerjaan yang bakal mereka lakukan apabila keluar dari kolej tersebut.

“Perkhidmatan mengurus jenazah bukan hanya tentang mayat. Melalui pekerjaan ini kita boleh melihat kehidupan si mati dan mendapat gambaran tentang betapa uniknya setiap individu tersebut. Hanya orang yang mempunyai sifat penyayang yang tinggi boleh berjaya memberi perkhidmatan terbaik untuk keluarga si mati,” kata Xiong Ying, pensyarah di Kolej Kerja Sosial Changsa. –China Daily

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button