HiburanWayang

A Quiet Place Buat Penonton Cemas Dan Berdebar

Filem ini memaparkan John Krasinski bersama isterinya Emily Blunt, pelakon kanak-kanak Millicent Simmonds yang mempunyai cacat pendengaran, serta pelakon muda Noah Jupe sebagai sebuah keluarga yang tinggal dalam situasi yang megerunkan.

Dalam filem ini manusia diburu oleh makhluk asing sehingga berada di ambang kepupusan. Makhluk ini memburu hanya menggunakan pancaindera pendengaran sahaja.

Disebabkan anak sulungnya, Regan, yang dilakonkan oleh Millicent Simmonds, mempunyai cacat pendengaran, keluarga ini mempunyai kelebihan kerana mereka fasih berkomunikasi dalam bahasa isyarat.

Untuk terus hidup, mereka perlu bergantung kepada kesunyian.

Lee (John Krasinski), Evelyn (Emily Blunt) dan juga tiga orang anak mereka menjalani kehidupan dalam penuh kesunyian tetapi sentiasa mengalami pelbagai dugaan. Sebagai contoh, mereka kehilangan anak bongsu mereka selepas alat permainan milik anaknya membuat bunyi.

Setahun selepas kehilangan anak mereka, Evelyn kini sedang bersiap sedia untuk melahirkan anak baharunya, Lee pula sedang mengajar anaknya untuk mencari makanan dan anak perempuan mereka berasa mereka terlalu bersikap terlalu melindungi.

Asal usul raksasa, sama ada ia adalah makhluk asing yang datang dari angkasa lepas atau senjata buatan manusia, tidak dijelaskan kepada penonton dan kekal misteri sepanjang filem. Makhluk tersebut diinspirasikan oleh beberapa filem seram seperti “Alien” dan “Predator”.

Kransinski yang merupakan pengarah filem dan juga pelakon utama filem ini mengarah dengan penuh kemahiran di mana beliau memaksa penonton untuk beri perhatian lebih kepada ekspresi wajah.

Antara perkara yang paling menarik dalam filem ini adalah babak-babak suspens yang berjaya membuatkan penonton berasa cemas dan berdebar.

Secara keseluruhannya, filem ini adalah filem thriller yang begitu menyeramkan. Ditengah-tengah konflik, nilai kekeluargaan diketengahkan supaya penonton benar-benar invested dengan watak-watak dalam filem ini.

Show More

Related Articles

Back to top button