FesyenGaya Hidup

Inspirasi Fesyen Untuk Mummy Mengandung

Sejak kebelakangan ini terdapat ramai ibu-ibu baharu di Instagram. Ramai yang berpendapat bahawa mengandung akan menjejaskan stail dan gaya pakaian tetapi di sini kami kompilasikan beberapa ikon fesyen popular di Instagram yang akan memberi anda inspirasi cara berpakaian yang mengikut trend, cantik dan yang penting, selesa untuk mummy mengandung.

Nora Danish

Kompilasi gambar Instagram @noradanish

Baru-baru ini artis jelita, Nora Danish telah melahirkan anak keduanya. Sepanjang tempoh mengandung Nora tetap tampil bergaya dengan pakaian yang bukan sahaja cantik tetapi selesa.

Nina Sabri

Isteri kepada pereka fesyen terkenal ini sudah biasa menggayakan pakaian yang memberi inspirasi kepada pengikutnya yang hampir mencecah 500k. Outfit Of The Day atau #OOTD sepanjang tempoh Nina mengandung menampilkan pakaian yang minimal dan simple. Nina dilihat bertukar antara pakaian dress dan jeans.

Vivy Yusof

Vivy Yusof dan fesyen adalah dua perkataan yang tidak boleh dipisahkan. Sebut sahaja Vivy Yusof, perkara pertama yang akan muncul dalam fikiran adalah fesyen. Baru-baru ini Vivy telah mengumumkan dia mengandung dengan anak ketiganya. Pakaian yang digayakan ketika mengandung lebih kepada blouse yang flowy, selesa dan bergaya.

Bella Al-Yahya

Mummy comel ini kini mengandung dengan anak keduanya. Bella terkenal dengan pakaian gaun yang flowy, loose dan selesa. Pakaian yang digayakan ini sesuai untuk mereka yang ingin keselesaan tanpa menjejaskan kecantikan.

Show More

Related Articles

Back to top button