AntarabangsaIsu Semasa

“Ia Adalah Kesilapan Saya, Saya Mohon Maaf” – Mark Zuckerberg

Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg telah mengakui kesilapannya dan memohon maaf kepada Kongres Amerika Syarikat (AS) susulan skandal syarikat perunding politik, Cambridge Analytica yang menyalahgunakan data 87 juta pengguna.

Permohonan maaf itu dilakukan menerusi testimoni bertulis yang dikeluarkan pada hari Isnin, sambil menjelaskan bahawa rangkaian media sosial itu tidak melakukan yang terbaik untuk membendung pencerobohan data.

“Ia jelas sekarang bahawa kami tidak berusaha secukupnya untuk menghalang alat ini (Facebook) daripada digunakan untuk tujuan yang salah.

“Ini juga termasuk berita palsu, campur tangan asing dalam pilihan raya, ucapan kebencian, serta privasi data,” kata beliau.

Memetik laporan NST, Zuckerberg dijadualkan untuk memberi keterangan kepada dua jawatankuasa Kongres bagi menjawab soalan mengenai kebocoran maklumat peribadi 87 juta pengguna Facebook yang telah dikongsi secara tidak wajar.

Difahamkan, kebanyakan pengguna yang terjejas adalah mereka yang menetap di AS.

“Kami tidak memandang luas mengenai tanggungjawab kami, dan ia adalah satu kesalahan yang besar.

“Ia adalah kesilapan saya, dan saya memohon maaf. Saya yang memulakan Facebook, saya yang mengendalikannya, dan saya bertanggungjawab ke atas apa yang telah berlaku,” jelasnya.

Dalam pada itu, Facebook turut menyatakan bahawa ia akan menghubungi pengguna-pengguna yang terjejas pada bermula Isnin.

Kini, amalan pengendalian data syarikat berkenaan disiasat oleh Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan AS.

Minggu lepas, Facebook juga telah menyokong sebuah cadangan undang-undang baru yang mewajibkan laman sesawang media sosial untuk mendedahkan identiti pembeli iklan kempen politik atas talian.

Bukan itu sahaja, malah cadangan itu turut memperuntukkan platform laman sosial untuk memperkenalkan proses pengesahan baru bagi individu-individu yang mahu membeli iklan yang membabitkan isu tertentu, yang tidak memihak kepada mana-mana calon.

Difahamkan, iklan-iklan tersebut sebelum ini pernah digunakan untuk mengeksploitasi isu-isu seperti undang-undang senjata dan perkauman.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button