Gaya HidupKecantikan

5 Perkara Yang Menyebabkan Masalah Kulit

Apabila kulit wajah mudah dihambat bermasalah, sering kali kita tertanya apakah punca sebenarnya? Dikatakan tidak menjaga kulit, tidak juga kerana penjagaan kulit itu penting dalam rutin harian persiapan diri kita. Jadi, EH! kongsikan 5 perkara yang boleh menyebabkan masalah kulit.

1. Tidak menjaga bahagian leher dan dada

Penjagaan kulit tidak terhenti pada rahang anda. Walaupun leher dan dada bahagian yang kurang terdedah pada cahaya matahari berbanding muka, ia juga berpotensi untuk mengalami masalah penghidratan dan penuaan. Penyelesaiannya senang sahaja, setiap kali anda memakai serum, krim muka atau krim tabir suria, sapukannya sehingga ke leher dan di dada pula sapukan pelembap.

2. Penggunaan berus solek yang kotor

Mengapa perlu membersihkan berus solekan? Penggunaan berus solekan yang kotor mungkin menyebabkan pembiakan bakteria dan liang pori-pori tersumbat. Jadi jangan pandang remeh dan tidak mengendahkan perkara sebegini kerana ia mungkin penyumbang terbesar dalam masalah kulit anda.

3. Tangan kerap menyentuh kulit

Ini boleh dikatakan tabiat yang biasa dilakukan. Walau sebersih mana pun tangan anda perlu diingat pasti ada kuman. Kuman tersebut secara tidak langsung akan berpindah pada kulit wajah lantas mengakibatkan kerengsaan dan akhir sekali terjadilah jerawat. Jika ini merupakan tabiat yang memang sukar dijauhkan, sapu ‘hand sanitizer’ sekerap yang mungkin atau anda boleh memegang stress ball.

4. Pengelupasan kulit berlebihan

Pembersihan yang terlalu kuat atau kasar dan pengelupasan yang berlebihan boleh mengakibatkan penghasilan minyak yang berlebihan dan kesan yang lebih teruk adalah menyebabkan bakteria merebak. Untuk alternatif lain gunakan glycolic peel tiga kali seminggu.

5. Pengambilan makanan ringan

Siapa tidak suka makanan ringan, bukan saja kanak-kanak menggemarinya, boleh dikatakan orang dewasa juga tidak lengkap harinya tanpa makanan ringan sebagai kudap-kudapan. Kajian dari American Academy of Dermatology menyatakan makanan yang mengandungi bahan MSG yang tinggi akan menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat lantas menghasilkan insulin yang banyak. Insulin itu kemudiannya mengaktifkan kelenjar minyak yang menghasilkan hormon androgen, yang akan mengakibatkan penumbuhan jerawat.

Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker