AntarabangsaIsu Semasa

YouTube Hanya Untuk Individu Berusia 13 Tahun Ke Atas?

Kumpulan-kumpulan aktivis dan pengguna di Amerika Syarikat (AS) telah menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat platform media sosial, YouTube.

Syarikat milik google itu didakwa membenarkan pengiklanan yang disasarkan kepada kanak-kanak, dan tindakan itu adalah satu kesalahan di bawah undang-undang AS.

Menurut organisasi aktivis yang memfailkan aduan, YouTube menyatakan bahawa laman itu hanya untuk pengguna yang berusia 13 tahun ke atas, tetapi Google telah meraih keuntungan lumayan daripada iklan-iklan yang ditujukan khas buat kanak-kanak.

YouTube adalah syarikat milik Google – Sumber: http://news.access-ip.com

Memetik laporan AFP, sebanyak 23 organisasi telah menandatangani sebuah aduan yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC).

Mereka berkata, YouTube merupakan salah satu platform atas talian yang paling popular dalam kalangan kanak-kanak, di mana ia menawarkan pelbagai program yang direka dan dipromosikan khusus untuk golongan itu.

Berdasarkan aduan yang dibuat juga, Google dikatakan mengumpul maklumat peribadi kanak-kanak menerusi YouTube, termasuk lokasi, nombor telefon serta alat peranti yang mereka gunakan.

Syarikat itu kemudian didakwa menggunakan maklumat-maklumat berkenaan untuk menyasarkan pengiklanan kepada kanak-kanak di seluruh internet, tanpa mendapatkan kebenaran ibu bapa mereka.

Gambar sekadar hiasan – Sumber: www.learningliftoff.com

Walau bagaimanapun, YouTube masih mengandungi pelbagai saluran kanak-kanak seperti ChuChu TV Nursery Rhymes & Kids Songs, yang dilanggani oleh jutaan penonton.

“Selama bertahun-tahun, Google telah gagal melaksanakan tanggungjawabnya kepada kanak-kanak dan keluarga dengan menyatakan bahawa YouTube – laman penuh dengan kartun popular, lagu kanak-kanak, dan iklan mainan – bukan untuk kanak-kanak di bawah usia 13 tahun,” kata Josh Golin, daripada kumpulan Campaign for a Commercial-Free Childhood.¬†

Ujar beliau, Google perlu mematuhi¬† Akta Perlindungan Privasi Kanak-Kanak Atas Talian atau Children’s Online Privacy Protection Act (COPPA) seperti yang tertakluk di bawah undang-undang negara tersebut.

Antara kandungan kanak-kanak di YouTube – Sumber: www.techcrunch.com

Sementara itu, Jeff Chester dari sebuah lagi kumpulan bernama Centre for Digital Democracy berkata, Google telah “melakukan penipuan” dengan menyatakan bahawa YouTube hanya untuk individu berusia 13 tahun ke atas.

Namun pada masa yang sama, syarikat itu turut menarik golongan bawah umur untuk melayari laman perkongsian video tersebut dengan menyediakan pelbagai kandungan kanak-kanak.

Difahamkan, COPPA telah diluluskan oleh Kongres sejak tahun 1998 lagi, dan ia melarang pengendalian data dan pengiklanan laman web untuk kanak-kanak.

Sebelum ini, beberapa pengendali laman sesawang termasuk Yelp dan sebuah unit daripada syarikat Walt Disney Co., pernah dikenakan bayaran denda kerana melanggar undang-undang ini.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker