AntarabangsaIsu Semasa

Myanmar Belum Sedia Terima Balik Pelarian Rohingya

Myanmar belum bersedia untuk penghantaran pulang pelarian Rohingya selepas menyebabkan hampir 700,000 umat Islam itu lari ke Bangladesh.

Kerajaan Myanmar telah berjanji untuk melakukan yang terbaik dalam memastikan penghantaran balik di bawah perjanjian yang ditandatangani dengan Bangladesh pada bulan November akan “adil, bermaruah dan selamat.”

“Dengan ketiadaan akses kepada perkhidmatan kesihatan, kebimbangan mengenai perlindungan dan kemungkinan penindasan, keadaan belum kondusif untuk pelarian kembali ke Myanmar,” Ursula Mueller, Penolong Setiausaha Agung untuk Hal Ehwal Kemanusiaan PBB, berkata selepas lawatan enam hari ke Myanmar.

Mueller diberikan akses untuk melawat Myanmar, satu peluang yang jarang berlaku. Beliau dibenarkan untuk melawat kawasan yang paling terjejas di Rakhine dan bertemu pemimpin Aung San Suu Kyi, menteri-menteriĀ  dan pegawai awam lain yang dikawal ketat oleh tentera.

Umat Islam Rohingya dihalau keluar dari Myanmar selepas memberontak terhadap tindakan keras oleh tentera di barat laut Rakhine. Pelarian Rohingya dilapor melakukan pembunuhan, pembakaran, rompakan dan rogol sebagai tindak balas kepada serangan militan terhadap pasukan keselamatan.

Menurut Reuters, pegawai Bangladesh sebelum ini menyatakan keraguan tentang kesediaan Myanmar untuk mengambil balik pelarian Rohingya di negaranya.

Myanmar dan Bangladesh bersetuju pada Januari untuk menyelesaikan penghantaran pulang pelarian dalam tempoh dua tahun. Myanmar menubuhkan dua pusat penerimaan yang didakwa sebagai kem sementara berhampiran sempadan di Rakhine untuk menerima ketibaan pelarian pertama.

Myanmar setakat ini mengesahkan beberapa ratus pelarian Muslim Rohingya untuk penghantaran pulang. Kumpulan itu akan menjadi “kumpulan pertama” pelarian dan boleh kembali ke Myanmar pada bila-bila masa.

“Kami sekarang berada di sempadan bersedia untuk menerima, jika Bangladesh membawa pelarian ke pihak kami,” kata Kyaw Tin, menteri kerjasama antarabangsa Myanmar kepada pemberita pada Januari lalu.

Kem Pelarian Cox’s Bazar di Bangladesh

Myanmar, negara majoriti Buddha menganggap etnik Rohingya sebagai pendatang tanpa izin dari Bangladesh. PBB telah menyifatkan kontroversi Myanmar sebagai pembersihan etnik tetapi Myanmar menafikan dakwaan terbabit.

Menurut perhatian Mueller, jaminan kerajaan untuk membenarkan etnik Rohingya pulang ke rumah mereka selepas tinggal di kem sementara, adalah sesuatu yang agak mustahil. Hal ini kerana, tentera Myanmar telah memusnahkan sekurang-kurangnya 55 buah kampung semasa keganasan.

Pegawai Myanmar mengatakan bahawa kampung-kampung itu telah dimusnahkan untuk memberi laluan kepada penempatan semula pelarian. Tetapi sehingga kini masih tiada berita tentang dakwaan berkenaan.

Mueller berkata beliau juga bimbang mengenai akses bantuan kemanusiaan yang terhad kepada orang-orang yang lemah di negara itu dan akan berusaha untuk mendorong pegawai kerajaan bagi memberikan akses kepada agensi bantuan luar.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button