SukanTeknologi

Mineski Juara DAC 2018

Dota 2 Asian Championship (DAC) 2018 di Shanghai, China telah menobatkan Mineski sebagai juara setelah menewaskan LGD Gaming 3 -2 di perlawanan akhir.

Mineski yang kini merupakan pasukan pertama dari Asia Tenggara yang berjaya memenangi kejohanan e-sukan Major Dota 2.

Dengan kemenangan ini, Mineski membawa pulang wang hadiah bernilai $370,000(~RM1.4 juta) dan menerima 750 mata Dota Pro Circuit (DCP).

Kini Mineski berada di tangga ke 4 di dalam Dota Pro Ciruit dengan mata 3150 dan berada di bawah Virtuos.pro, Team Liquid dan Team Secret.

Pada perlawanan akhir tersebut, kedua-dua pasukan Mineski dan LGD Gaming mempamerkan strategi permainan yang hebat. Mineski lebih mempamerkan corak ‘run & gun’ manakala LGD Gaming  yang lebih menekankan ruang dan kekuatan permainan.

Kejohanan DAC tahun ini dilihatkan sukar untuk meramal setiap keputusan permainan. Persaingan dan kekuatan setiap pasukan menjadikan kojahanan tahun ini lebih hebat.

Antara pasukan yang memberikan saingan yang hebat kali ini adalah Virtus.Pro, Team Liquid, Team Secret, LGD Gaming dan Newbee. Biarpun pasukan pilihan kejohanan Virtus.Pro dijangkakan untuk menang namun mereka hanya mampu berada di tangga ke-3.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button