Bisnes & Ekonomi

Syed Mokhtar Albukhary-Jutawan Pernah Hilang Arah

Syed Mokhtar Albukhary dikenali sebagai seorang usahawan yang mempunyai banyak perniagaan. Daripada logistik ke utiliti ke kejuruteraan dan pembinaan, minat beliau dalam perniagaan merentas pelbagai industri.

Menurut akhbar The Star, walaupun kekayaannya bertambah bertambah sebanyak 7% daripada tahun ke tahun, beliau telah terkeluar daripada senarai 10 individu terkaya ke kedudukan ke 14 pada tahun 2017.

Syed Mokhtar Albukhary

MMC Corp dan DRB-HICOM merupakan punca bagi kebanyakan kekayaannya. Operasi MMC meliputi pelabuhan, logistik, pembinaan dan kejuruteraan, manakala DRB-HICOM adalah syarikat gergasi dalam bidang hartanah dan pendidikan.

MMC Corp pada masa ini mengawal semua pelabuhan di seluruh pantai barat di Semenanjung Malaysia, antaranya adalah Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Johor, Pelabuhan Pulau Pinang dan NCB Holdings Bhd yang mengendalikan Northport di Pelabuhan Klang.

Melalui usaha sama dengan Gamuda Bhd dan George Kent (M) Bhd,  MMC Corp berhasrat untuk melaksanakan projek MRT3.

DRB-Hicom Bhd sebuah lagi syarikat milik beliau menjadi perbualan hangat tahun lepas berikutan hampir separuh sahamnya di dalam Proton Holdings  telah dijual  kepada syarikat pembuat kereta dari China, Zheijiang Geely Holdings.  Antara aset penting lain di bawah DRB-Hicom adalah Pos Malaysia Bhd dan Bank Muamalat (M) Bhd.

ASAL USUL SYED MOKHTAR

Dilahirkan pada tahun 1951, Tan Sri Syed Mokhtar, merupakan cahaya mata bagi pasangan suami isteri, Syed Nor Albukhary dan Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat.

Merupakan anak seorang penternak, beliau telah dilahirkan di dalam keluarga Bukhary yang mana generasi terdahulu keluarga tersebut telah berasimilasi dengan masyarakat Melayu di sekitar mereka selepas berhijrah dari Asia Tengah.

Merupakan anak jati Alor Setar, Kedah,  disebabkan ibubapanya tidak mampu menanggung kos pengajiannya, beliau terpaksa berhenti belajar ketika berusia 20 tahun.

PERNAH HILANG ARAH

Namun, beliau kemudian berjaya mengaut sedikit keuntungan sebagai seorang peniaga daging.

Terbawa-bawa dengan keuntungan tersebut,  beliau rasa terpesona dengan kehidupan malam di Kuala Lumpur malah telah membeli sebuah Volvo  yang kerap digunakan pada hujung minggu untuk berulang-alik antara Pulau Pinang dan Thailand.

Namun semuanya terhenti apabila beliau tidak dapat membayar ansuran kereta tersebut. Pada masa itulah beliau sedar akan kesilapannya.

“Ia adalah sebuah tempoh masa yang sukar bagi saya dan keluarga. Namun, saya mendapat kesedaran melalui nilai-nilai agama dan sokongan keluarga”. Tambahnya lagi, beliau menggelarkan tempoh masa tersebut, sebagai masa ketika beliau kehilangan arah.

Kisah kejayaannya bermula apabila beliau membantu ibu bapanya dalam perniagaan ternakan lembu sekitar tahun 1960-an.  Namun, ia tidak bertahan lama disebabkan penyakit kuku dan mulut telah  melanda kebanyakan ternakan mereka.

Terkesan dengan kejadian itu,  Tan Sri Syed Mokhtar mengambil inisiatif lain dengan memohon bantuan daripada MARA untuk memulakan perniagaan lori pada tahun 1970-an. Ia kini dikenali sebagai “Syarikat Kenderaan Sentosa”  serta mempunyai lebih 40 buah lori.

Dikenali sebagai seorang yang berwawasan, usahanya tidak berhenti di situ sahaja. Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedai pertamanya di bawah perjanjian sewa beli dengan Urban Development Authority (UDA).

Pada tahun berikutnya, beliau berjaya memperluaskan empayar perniagaannya dengan menubuhkan Syarikat Shah, yang terkenal sebagai pembekal beras kepada FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan Sergam Sdn Bhd.

Tan Sri Syed Mokhtar menggambarkan punca kejayaannya dalam perniagaan adalah disebabkan inisiatif kerajaan dalam melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

IBU PENDORONG AKTIVITI DERMAWAN

Bapa bagi 7 orang cahaya mata, Syed Mokhtar telah berkahwin dengan Puan Sri Sharifah Zarah Albukhary, anak kepada Tan Sri Syed Kechik Syed Mohamed Albukhary, seorang peguam terkenal yang bertugas sebagai penasihat khas kepada Ketua Menteri Sabah yang kemudian memulakan syarikat pelaburannya sendiri.

Bagi beliau, nilai kekeluargaan, selain daripada agama, merupakan sumber terpenting yang menentukan kejayaannya. Mengulas tentang aktiviti dermawannya,  beliau mengatakan ibunya merupakan pendorong utama dalam perkara ini.

Syed Mokhtar bersama isteri, Puan Sri Sharifah Zarah Albukhary,

“Ibu saya berkata tiada satupun milik saya, sehingga saya rela mengorbankannya dengan sepenuh hati dengan harapan ia akan memudahkan kehidupan orang lain,” terang Syed Mokhtar mengimbas kembali kenangan tersebut.

Antara kegiatan dermawannya,  termasuklah Yayasan Albukhary yang menyediakan bantuan pendidikan seperti biasiswa dan penjagaan kesihatan untuk golongan miskin dan kurang bernasib baik.

Ibunya juga merupakan sumber motivasi baginya untuk membiayai pelbagai projek kemanusiaan di seluruh dunia. Antaranya, termasuklah penubuhan sebuah hospital AIDS di Uganda serta pemberian bantuan kewangan untuk membina semula kehidupan pelarian Afghanistan, mangsa gempa di  Pakistan dan mangsa tsunami di Indonesia.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker