Teknologi

Sayuran-sayuran Segar Di Antartika?

Para saintis Jerman yang berada Antartika, buat pertama kalinya berjaya menuai hasil tanaman tanpa kehadiran tanah atau cahaya matahari di sana.

Lokasi Ujian

Rumah hijau yang didirikan di sana merupakan lokasi ujian bagi penanaman tumbuh-tumbuhan di angkasa serta keadaan di mana sayur-sayuran tidak dapat tumbuh disebabkan keadaan iklim yang tidak memberangsangkan.

Radish yang tumbuh di ISS Eden di Antartika
Jenis sayuran

Timun, radish dan salad adalah beberapa tumbuhan yang telah berkembang di rumah hijau milik EDEN-ISS eksperimen di Antartika. Projek ini meneruskan jejak langkah experimen yang telah dijalankan oleh AS tentang penanaman tanaman dalam iklim yang tidak memberangsangkan.

Hasil tuaian pertama projek ini oleh Pusat Aeroangkasa Jerman (DLR) berjaya dilakukan walaupun suhu di sana mencecah sehingga -20 darjah Celcius di bawah paras beku serta matahari yang hampir tidak terbit di atas ufuk.

Sayuran untuk angkasawan

Menurut laman sesawang Made for Minds,  kejayaan ini menunjukkan bagaimana angkasawan yang berada di bulan dan Marikh pada masa hadapan boleh dibekalkan dengan sumber sayur-sayuran segar.

Selepas tiga minggu pertama penaman, Paul Zebel seorang jurutera DLR dan ‘tukang kebun’ Antartika, telah berjaya mengumpulkan seberat 3.6 kilogram daun salad, 70 biji radish dan 18 biji  timun. Setiap hari, dia meluangkan masa selama kira-kira tiga hingga empat jam menguruskan ‘kebun Antartika’ tersebut.

Mengulas tentang cabaran yang dihadapi di Antartika, “terdapat beberapa kejadian di luar jangkaan telah berlaku dalam tempoh setahun lebih selepas penyemaian benih pada pertengahan bulan Februari. Antaranya adalah kegagalan sistem bersaiz kecil dan ribut.

“Namun, kami bernasib baik semua masalah ini boleh diperbaiki dan diatasi.”

“Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, kami telah banyak belajar tentang pembiakan tumbuhan secara sendiri. Jelas kelihatan bahawa Antartika adalah kawasan yang sesuai untuk menjalankan penyelidikan ini,” kata pengurus projek,  Daniel Schubert.

Setakat ini, semua tanaman yang telah dirancang, hidup dengan sempurna di rumah hijau tersebut. Antara tanaman tersebut termasuklah tomato, timun, lada serta tanaman herba termasuk basil, kucai dan ketumbar.

Namun, Schubert berkata, “Anda harus bersabar apabila menanam strawberi. Setakat ini kita masih menunggu semaian strawberi untuk berjaya.”

Projek ini sedang dijalankan dengan kerjasama Institut Alfred Wegener, malah rumah hijau ini juga terletak kira-kira 400 meter dari Institut Neumeyer Station III. Pada masa ini terdapat 10 orang ‘pekebun’ yang sedang berhadapan dengan musim sejuk di stesen tersebut.

Rumah hijau di Antartika di mana sayur-sayuran ini tumbuh

Hasil tanaman Antartika muncul tepat pada waktunya memandangkan sayur-sayuran segar yang dikirim ke sana pada pada akhir Februari lalu telah habis digunakan.

“Merupakan sebuah perkara yang istimewa untuk melihat salad segar pertama dari Antartika,” kata pengurus stesen, Bernhard Gropp.

“Rasanya seakan-akan dituai segar dari kebun.” Terangnya menutup perbualan.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker