Isu SemasaTempatan

National Kindness Week Untuk Masa Depan Yang Lebih Cerah

#StandTogether National Kindness Week (Minggu Kebaikan Peringkat Kebangsaan #StandTogether) yang julung-julung kali diadakan pada minggu lalu boleh dikatakan sebagai sebuah kejayaan besar.

Lebih 650 buah sekolah telah mengambil bahagian dalam acara ini dan lebih 100 projek kebaikan yang diterajui oleh pelajar telah dilaksanakan di seluruh negara, lapor akhbar The Star.

Pasukan R.AGE telah mengembara ke 10 bandar dalam tempoh lima hari untuk merakam projek kebaikan yang paling inovatif ciptaan sekolah-sekolah di seluruh negara.

SJKC Aik Hua mempamerkan projek yang telah dijalankan pelajar mereka untuk membantu murid-murid sekolah yang berkelainan upaya.  “Kini masyarakat kurang mengambil berat serta berlaku baik antara satu sama lain.

“Sekiranya lebih ramai pelajar sekolah kita berfikiran seperti pelajar-pelajar ini, masyarakat tentu akan menjadi tempat yang lebih baik bagi pelbagai pihak,” kata Ng Han Siong, pengurus besar SP Setia bahagian hartanah (Utara), yang telah melawat sekolah itu bersana R.AGE .

SP Setia dan R.AGE telah memulakan kempen #StandTogether sebagai tindak balas terhadap peningkatan kes-kes keganasan di sekolah-sekolah yang telah direkodkan pada tahun lalu.

Kempen ini telah mendapat tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia, Unicef ​​Malaysia, Digi, Petrosains, 100% Project serta Study Hub Asia. Teach for Malaysia pula telah datang untuk membantu dan menambah baik program ini.

Telenor Group (yang mana Digi merupakan sebahagian daripadanya) sebagai wakil syarikat telekomunikasi telah memuji kempen itu di Sekolah Menengah Sri Kuala Lumpur.

“Program ini adalah program yang baik untuk diteruskan. Hal ini kerana buli siber bukan sahaja masalah yang melanda Malaysia, malah ia merupakan masalah yang semakin meningkat di peringkat antarabangsa. Jadi terdapat banyak manfaat dalam menjalankan usaha ini.” tegas Wenche Agerup, Naib Presiden Eksekutif bagi Telenor.

Agerup melawat Sri KL semalam untuk melihat perlaksanaan #5DaysBaikHatiChallenge Digi, sebuah program cabaran yang dijalankan secara digital yang berjalan serentak dengan program  #StandTogether.

Laurent Duvilier, Ketua komunikasi dan sokongan awam Unicef ​​Malaysia, juga merasakan bahawa National Kindness Week adalah sesuatu yang boleh ditiru oleh negara-negara lain.

“Tahun ini, di Malaysia,  tahun depan mungkin seluruh Asia Tenggara! “katanya.

Hampir 120 buah sekolah menghantar idea-idea projek kebaikan yang diilhamkan oleh murid-murid sekolah sebagai sebahagian daripada Pertandingan #StandTogether.

Sepanjang minggu lalu, Duta Selebriti #StandTogether telah melawat sekolah-sekolah dengan idea terbaik.  Khamis lalu,  artis hip hop Rabbit Mac dan bintang media sosial Arwind Kumar telah pergi ke sekolah-sekolah di KL dan Pulau Pinang.

KAFE OKU

Guru bagi Program Integrasi Pelajar Istimewa,  SMK Meru,  Zuraidah Ibrahim mengetuai sekumpulan pelajar dalam mencipta “Kafe OKU”. Sebuah gerai makanan di dalam kawasan SMK Meru yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar istimewa.

Rabbit Mac, yang kelihatan benar-benar tersentuh ketika sedang bercakap dengan pelajar-pelajar istimewa berkata, hanya dengan berkongsi makanan serta berinteraksi dengan mereka sudah boleh mengubah sikap dan pandangan orang ramai tentang mereka.

Arwind juga tersentuh oleh dedikasi yang ditunjukkan oleh guru- guru SK Tambun Tulang di Perlis.

Projek kebaikan sekolah ini melibatkan pemberian “Token Kebaikan” kepada pelajar yang melakukan perbuatan baik, serta akan memberi ganjaran kepada para pelajar yang mempunyai bilangan token yang paling banyak.

Projek ini diterajui oleh seorang guru,  Zatusy Syamam Naim, yang hampir buta.

“Saya merasakan jika saya menjadi guru saya dapat membuat perubahan,” jelas Zatusy.

Zatusy berkata, ketika dia membesar dia pernah menyaksikan rakannya yang cacat penglihatan dibuli di sekolah. Daripada situ, dia  berjanji akan membantu mencipta rakyat Malaysia yang lebih baik.

Arwind memuji tekad Zatusy tersebut, sambil menambah bahawa projek-projek seperti ini adalah asas kepada masa depan yang lebih cerah.

Kumar di salah sebuah sekolah yang mengambil bahagian

BOTOL PUJIAN

Sementara itu, “botol pujian” ciptaan SMK Cochrane menggalakkan para pelajar untuk meninggalkan mesej positif untuk murid-murid lain dan kakitangan sekolah.

Projek ini diterajui oleh Ravin Kalai Chelven, 17 tahun.

Projek itu telahpun bermula ketika Rabbit Mac melawat sekolah itu. Pengawal keselamatan juga telah menerima nota pujian tersebut.

“Ia merupakan idea yang hebat,” kata Rabbit Mac selepas lawatan itu.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker