Bisnes & Ekonomi

“Kripto Bukan Mata Wang Tetapi Aset”

Kumpulan 20 negara (G-20) bersetuju bahawa mata wang kripto bukan sejenis mata wang tetapi lebih kepada aset. Itu bererti dagangan berpotensi untuk dikenakan cukai keuntungan modal.

Kripto “kekurangan ciri-ciri mata wang berdaulat,” menurut draf komuniti G-20 yang diperoleh Bloomberg. Ia sudah membuktikan masalah di AS, di mana hanya sebahagian kecil rakyat Amerika melaporkan transaksi kripto mereka kepada Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri.

“Sama ada anda memanggilnya aset kripto atau token kripto tapi pastinya bukan mata wang kripto. Itu adalah pengetahuan kripto yang perlu diketahui umum,” kata Klaas Knot, presiden De Nederlandsche Bank NV, yang juga mempengerusikan Lembaga Kestabilan Kewangan.

Status kripto menjadi hangat selepas pelaburannya meningkat secara mendadak dalam sejarah yang menyebabkan kebimbangan mengenai pengubahan wang haram, ‘cyberthefts’, spekulasi yang berlebihan dan banyak lagi.

Lembaga Kestabilan Kewangan, yang dipimpin oleh Gabenor Bank England, Mark Carney memperingatkan pertumbuhan pesat mata wang kripto seperti Bitcoin mungkin menjadi ancaman terhadap sistem kewangan.

Banyak negara dilihat berminat untuk mewujudkan rangka kerja pengawalseliaan antarabangsa sementara industri kripto masih dalam peringkat awal.

Berikut adalah beberapa perkembangan dan komen mengenai isu ini:

1. Presiden A.S. Donald Trump menandatangani perintah eksekutif untuk mengharamkan pembelian mata wang kripto yang dikeluarkan pemerintah Venezuela, sebagai sebahagian daripada kempen untuk menekan Presiden Nicolas Maduro

2. “Kripto tidak mempunyai kestabilan dan kemudahan pembayaran yang mencirikan mata wang. Ia lebih kepada aset token daripada mata wang,” kata bank pusat Brazil, Ilan Goldfajn, pada acara G-20 di Buenos Aires

3. Kementerian Kewangan U.K merancang untuk menubuhkan pasukan petugas dengan Bank England dan Pihak Berkuasa Perlakuan Kewangan yang akan meneliti risiko kripto

4. “Sangat penting untuk mempertimbangkan perlindungan pengguna dan pelabur serta bagaimana untuk mengelakkan perdagangan yang tidak sesuai seperti pengubahan wang haram. Sebaliknya, teknologi baru seperti blockchain boleh memberi kesan positif kepada sistem kewangan,” kata Gabenor Bank Jepun, Haruhiko Kuroda

5. “Kripto lebih kepada aset berbanding mata wang. Sekiranya kita mahu melindungi rakyat dari segala jenis spekulasi atau pembiayaan keganasan, kita memerlukan peraturan,” kata Menteri Kewangan Perancis, Bruno Le Maire di Buenos Aires

6. “Fungsi pertama mata wang adalah untuk menjadi medium pertukaran yang stabil dan pengalaman hari ini dengan pelbagai aset kripto, sama sekali tidak memuaskan,” kata Gabenor Lembaga Kewangan Arab Saudi, Ahmed Alkholifey

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker