Events

Jangan Lupa Datang Ke KL Comic Week Minggu Ini!

KL COMIC WEEK X TAGCC 2018

Tempat: Mid Valley Exhibition Centre
Tarikh: 7-8 April 2018
Masa: 10 pagi – 6 petang

KL Comic Week dianjurkan oleh platform komik, Comicker’s Union dengan kerja sama Toys, Anime, Games and Comics Convention (TAGCC) 2018. Tujuan utama adalah untuk memudahkan pertukaran budaya di antara peminat komik antarabangsa dan mempromosikan komik asal Malaysia. Acara ini juga melihat kehadiran artis komik veteran dari Taiwan seperti Max Lai, Chiu Peng Chin, Chen Guo dan D2. Jangan lupa datang ke Mid Valley untuk bertemu artis-artis berbakat ini!


Mystic India: The World Tour 2018

Tempat: Istana Budaya
Tarikh: 5 – 11 April 2018
Masa: 8.30 malam dan 3.30 petang

Peminat Bollywood di Malaysia pasti akan terpegun dengan persembahan 100 minit, Mystic India ini. Menerusi pertunjukan meriah ini mereka akan membawa anda tradisi India menerusi lagu-lagu Bollywood terbaik daripada pemenang anugerah muzik Akademi Maestros A. R. Rahman. Tarian penuh bertenaga akan memaparkan visual hebat menggunakan terknologi LED dan paparan lampu berwarna-warni yang pasti membuatkan anda berasa kagum!


BukuDBP x Pesta Buku Selangor 2018

Tempat: Shah Alam Convention Centre
Tarikh: 29 Mac – 8 April 2018
Masa: 10 pagi – 9 malam

Minggu ini jangan terlepas peluang untuk mendapat diskaun hebat di Shah Alam Convention Centre. Pesta buku ini menawarkan 12% diskaun untuk semua buku Dewan Bahasa Pustaka (DBP).


Plaza Low Yat Mega IT Fair

Tempat: Plaza Low Yat
Tarikh: 7 – 8 April 2018
Masa: 10 pagi – 10 malam

Kali ini Mega IT Fair anjuran Plaza Low Yat kembali dengan lebih banyak hadiah hebat untuk dimenangi! Rebut peluang untuk memenangi produk dan gajet IT pada segmen SPEND & WIN apabila anda membelanjakan sekurang-kurangnya RM200.

 

Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker