AntarabangsaIsu Semasa

Bahrain Temui Lapangan Minyak Terbesar Baharu

Bahrain mengumumkan penemuan lapangan minyak dan gas terbesar dalam sejarah negara itu, yang tidak mempunyai sumber tenaga sebesar negara jiran Teluk lain.

“Sumber baharu itu diunjurkan mengandungi kuantiti tinggi minyak dan gas, jauh mengatasi rizab semasa Bahrain,” kata Jawatankuasa Tinggi Sumber Asli negara itu, yang dipengerusikan oleh Putera Mahkota Salman bin Hamad.

Penemuan di Khaleej al-Bahrain, di luar pantai barat Bahrain, adalah ‘penemuan minyak terbesar’ dalam sejarah negara,” katanya dalam satu kenyataan.

“Ia tidak jelas berapa banyak yang dapat dihasilkan oleh lapangan terbabit atau berapa banyak kos yang diperlukan untuk pemajuannya. Syarikat-syarikat minyak antarabangsa akan dijemput untuk menyertai sebaik sahaja lebih banyak data diperoleh,” kata Menteri Minyak Shaikh Mohammed bin Khalifa Al Khalifa pada sidang akhbar di Bahrain.

Bahrain ketika ini hanya memiliki satu lapangan minyak dengan rizab beberapa juta tong minyak mentah. Negara itu menghasilkan kira-kira 49,000 tong minyak mentah sehari pada tahun lepas dari satu-satunya kawasan itu yang dirancang untuk digandakan pada tahun 2020.

Manama adalah pengeluar terkecil hidrokarbon dalam Majlis Kerjasama Teluk (GCC), yang termasuk Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menurut Reuters, lapangan itu juga adalah yang pertama ditemui di rantau Teluk dan yang pertama memulakan pengeluaran.

Industri tenaga Bahrain dibayangi oleh pengeluar minyak dan gas terbesar di dunia. Ia terletak di antara Arab Saudi, pengeksport minyak terbesar, dan Qatar, pengedar terbesar gas asli cecair.

Bahrain mempunyai rizab mentah sebanyak 124.6 juta tong, kurang daripada Poland dan 92.03 bilion meter padu gas asli. Arab Saudi, dengan perbandingan, mempunyai 266.5 bilion tong rizab mentah, sementara Qatar mempunyai 24.3 trilion meter padu gas.

Pendapatan Bahrain daripada minyak dan gas turun 43 peratus dari 2013 hingga 2016, menurut data terkini yang diperoleh daripada Kementerian Kewangan, kerana harga minyak mentah merosot sebanyak 77 peratus.

Dengan jualan tenaga menyumbang 87 peratus daripada jumlah pendapatan kerajaan untuk tahun 2016, Bahrain cuba mempelbagaikan ekonomi dan meminjam dana untuk mengurangkan tekanan terhadap kewangan awamnya.

Show More

Related Articles

Back to top button