HiburanSukan

Tayang Skrin Besar Wrestlemania 34 di TGV

Bagi penggemar gusti dan WWE khususnya, Wrestlemania merupakan acara terbesar WWE yang diadakan pada April setiap tahun.

Tahun ini merupakan acara ke 34 Wrestlemania yang akan diadakan di New Orleans, Amerika Syarikat.

Sehubungan itu, TGV (Tanjong Golden Village) Cinema akan mengadakan tayangan bersama peminat WWE untuk menonton acara Wrestlemania 34 secara langsung menerusi skrin besar.

TGV – WWE Wrestlemania 34 Live Screening | TGV Cinema / WWE

Tayangan ini hanya eksklusif di TGV Cinema Sunway Piramid pada 7.00 pagi 9 April ini.

Tiket sudah mula dijual pada 22 Mac lalu dengan 2 harga kombo iaitu:

  • RM20 – satu tiket bersama sebotol mineral
  • RM35 – satu tiket bersama sebotol mineral + The Champ’s Breakfast ( nasi lemak, muffin pandan, kopi dan teh)

TGV – WWE Wrestlemania 34 (link)

Antara perlawanan-perlawanan yang menjadi tumpuan di Wrestlemania 34 kali ini adalah perlawanan sulung Ronda Rousey (bekas juara wanita UFC) yang berpasangan dengan Kurt Angle menentang Stephanie McMahon dan Triple H.

Acara kali ini juga menyaksikan penampilan semula WWE superstar popular Daniel Bryan setelah 3 tahun tidak beraksi akibat kecederaan saraf. Daniel akan berpasangan dengan Shane McMahon menentang Sami Zayn dan Kevin Owens.

Setakat ini, WWE Legend, The Undertaker dikhabarkan tidak akan menyertai Wrestlemania buat pertama kali setelah lebih 20 tahun penampilan dalam acara in.

Wrestlemania 34 juga menyaksikan banyak penampilan sulung WWE Superstar di pentas besar seperti Shinsuke Nakamura, Asuka, Cedric Alexander, Mustafa Ali dan beberapa lagi.

Klik di sini bagi senarai penuh bagi perlawanan-perlawanan Wrestlemania 34.

Kepada peminat-peminat WWE dan Superstar mereka seperti AJ Styles, Roman Reigns, Shinsuke Nakamura, Finn Balor, Sasha Banks dan ramai lagi; pastikan anda mampu untuk bangun seawal yang boleh dan bersama-sama memeriahkan Wrestlemania 34.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button