Isu SemasaTempatan

Kawasan Khas Jenayah Rentas Sempadan Dikenal Pasti

Agensi keselamatan negara telah mengenal pasti kawasan khas, “laluan tikus” dan “laluan gajah” di sepanjang sempadan Malaysia yang kerap digunakan untuk aktiviti jenayah rentas sempadan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim berkata kawasan khas dan laluan ini digunakan untuk menyeludup barangan terkawal dan rokok haram. Kawasan ini juga digunakan oleh pendatang tanpa izin.

Beliau berkata pihak berkuasa terpaksa mengawasi 971km di sepanjang pantai barat dan 839km di sepanjang pantai timur Semenanjung Malaysia, 1,765km di Sarawak dan 2,344km di Sabah.

“Terdapat juga ‘laluan tikus’ di sepanjang sempadan maritim, terutama di kawasan bakau, yang berdekatan dengan negara jiran. Laluan ini dipantau bukan sahaja di laut tetapi juga di darat.

“Terdapat juga laluan tikus dan laluan gajah di sepanjang 556km sempadan Malaysia-Thailand.

“Ini termasuk kawasan penempatan dan hutan tetapi terdapat operasi tentera dan polis di sana. Walaupun ada laluan tikus, kemasukan oleh pendatang tanpa izin dan barangan masih terkawal,” katanya.

Kawasan khas dikenal pasti

Katanya lagi kawasan khas telah dikenal pasti di Batu Pahat, Pontian, Pengerang dan Muar di Johor; Kuala Langat, Sungai Kesang, Pulau Carey, Banting dan Tanjung Sepat di Selangor, serta Port Dickson di Negeri Sembilan.

“Lokasi ini adalah titik tumpuan pelbagai aktiviti jenayah, seperti penyeludupan rokok dan barangan terkawal.”

Shahidan berkata sejak lima tahun lalu, 2,995 pendatang tanpa izin telah ditahan.

Dalam pada itu, terdapat 243 kes-kes tangkapan berkaitan penyeludupan barangan bernilai RM41,314,768.

Usaha untuk membendung aktiviti jenayah rentas sempadan memerlukan agensi keselamatan untuk membuat rondaan dan memantau laluan laut, terutamanya di kawasan panas, menggunakan bot, kapal, dan kapal terbang.

Tambahnya lagi, informasi yang diterima menerusi Sea Surveillance System (Swasla) telah membantu untuk memantau aktiviti yang mencurigakan.

“Rakan Maritim”, yang terdiri daripada nelayan dan sukarelawan Maritim Malaysia, membolehkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk bertindak dengan cepat.

Kerjasama rapat dengan badan penguatkuasaan negara jiran, seperti Agensi Keselamatan Maritim Indonesia dan Agensi Anti-Narkotika Kebangsaan Indonesia telah membantu untuk memastikan aktiviti jenayah di lokasi panas berada di bawah kawalan.

Show More

Related Articles

Back to top button
Close