Sukan

Arsenal Semakin Hampir Ke Separuh Akhir Europa

Arsenal mara selangkah ke arah separuh akhir Liga Europa apabila membelasah CSKA Moscow 4-1 pada awal pagi Jumaat.

Walaupun hubungan di antara London dan Moscow berada pada tahap yang dingin, perlawanan tersebut dilihat bebas daripada sebarang ketegangan politik.

Britain telah melancarkan kempen pengusiran ahli-ahli diplomat Rusia daripada negaranya susulan kes membabitkan bekas ejen risikan Moscow, Sergei Skripal dan anak perempuannya, Yulia yang diracuni menggunakan agen saraf di selatan Salisbury pada bulan lepas.

Walau bagaimanapun, dengan hanya 200 penyokong CSKA yang hadir di stadium, tiada insiden tidak diingini berlaku di sekitar perlawanan suku akhir pertama itu.

Arsenal tidak memerlukan masa yang lama untuk menutup mulut pengkritik mereka apabila Aaron Ramsey dan Alexandre Lacazette masing-masing menjaringkan dua gol di separuh masa pertama, sekaligus menutup peluang CSKA untuk memintas mereka.

Image result for arsenal

Berada di tangga ke-6 di Liga Perdana musim ini, 13 mata dari tangga ke-4, peluang terakhir Arsenal untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim hadapan adalah dengan memenangi Liga Europa di Lyon pada 16 Mei ini.

Tekanan itu menjadi pendorong the Gunners apabila pada awal perlawanan, Mesut Ozil dan Henrikh Mkhitaryan merobek pertahanan kelab Rusia itu.

Mkhitaryan mempunyai peluang untuk meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan seawal tiga minit tetapi sepakannya hanya terkena jaring sisi.

Kemudian gol pertama Ramsey tidak dikira apabila Ozil disalahkan kerana offside.

Bagaimana pun, Ramsey berjaya menjaringkan gol pembukaan hasil kerjasama pasukan pada minit ke-9 dengan menyumbat masuk hantaran lintang Hector Bellerin.

Walaupun CSKA tidak mampu untuk mengekang kepantasan Arsenal di kawasan mereka sendiri, namun mereka mendedahkan kelemahan pertahanan the Gunners.

Sepakan lencong Aleksandr Golovin menerjah pintu gol tuan rumah enam minit kemudian, apabila Shkodran Mustafi dan Laurent Koscielny gagal bertahan dengan baik.

Kelab Rusia itu turut berpeluang untuk mendahului Arsenal apabila sepakan Ahmed Musa sekadar terkena jaring sisi.

Atletico penghalang Arsenal

Peluang Arsenal muncul apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti berkontroversi setelah Mesut Ozil mudah dijatuhkan apabila ditekan oleh Georgi Schennikov.

Lacazette mengharungi musim pertamanya bersama Arsenal dengan penuh kekecewaan, tetapi walaupun begitu, dia tidak melepaskan peluang menyudahkan sepakan penalti itu.

Ramsey kemudiannya menjaringkan gol keduanya malam itu hasil hantaran tepat Ozil dengan penuh gaya melepasi penjaga gol Igor Akinfeev menggunakan bahagian luar kakinya dan sekaligus melegakan Arsenal.

Ozil sekali lagi membantu jaringan apabila hantaranya disudahkan oleh Lacazette, yang turut menjaringkan dua gol pada malam itu.

Arsenal sepatutnya mampu menjauhkan lagi jurang mata jika Ozil, Mkhitaryan dan Lacazette tidak mensia-siakan peluang yang diberi.

Ramsey juga gagal mendapatkan hatrik apabila serangannya hanya menggegarkan tiang gol.

Besar kemungkinan, Arsenal terpaksa menewaskan gergasi Atletico Madrid untuk memenangi Liga Europa, apabila pasukan favourite untuk memenangi pertandingan ini, menenwaskan Sporting Lisbon 2-0 di perlawanan suku akhir pertama mereka.

Koke meletakkan juara 2012 itu di hadapan hanya selepas 22 saat perlawanan bermula dan Antoine Griezmann menyumbat gol ke-24nya musim ini sekaligus meletakan pasukan Diego Simeone itu semakin hampir dengan peringkat separuh akhir kelima beliau sejak tujuh musim di bawah jagaannya.

Sementara itu, Lazio menewaskan Salzburg 4-2, dengan kesemua pasukan tuan rumah mengambil kesempatan menjarakkan jurang gol untuk dibawa ke perlawanan suku akhir kedua nanti.

RB Leipzig menewaskan gergasi Perancis, Marseille 1-0 hasil jaringan penyerang Timo Werner.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker