Gaya HidupKerjaya

Apa Yang Anda Perlu Tahu Jika Mahu Bekerja Dalam Arena Kecerdasan Buatan (AI)

Kecerdasan buatan (AI) telah menarik perhatian ramai belia untuk menceburi bidang ini kerana ia melibatkan perkara yang digunakan oleh kebanyakan generasi-Y.

Sebagai pemaju kecerdasan buatan (Artificial Intelligence Developer), anda perlu memahami bagaimana AI membantu dalam tugasan memudahkan perisian untuk menjadi lebih pintar dan mesra pengguna.

Pemaju kecerdasan buatan perlu membina model untuk membolehkan perisian berfikir seperti manusia, seperti AI-bots yang boleh berkomunikasi dengan pelanggan dan membantu menyelesaikan sebarang persoalan mereka.

Aplikasi mencari jalan dalam telefon pintar, pengecaman suara dan muka yang ada pada telefon pintar yang terkini juga merupakan hasil daripada AI.

Skil utama yang perlu ada pada anda yang berminat dengan AI ini ialah kebijaksanaan menyatukan kehendak manusia dan bagaimana teknologi boleh membantunya dalam kehidupan.

Anda perlu mempelajari teknologi yang boleh memangkin prestasi manusia melalui pembelajaran, mendapatkan rumusan tersendiri di samping pandai berkomunikasi dengan orang ramai yang akhirnya dapat mencipta sesuatu yang boleh menggantikan manusia dalam pelaksanaan tugas yang bukan rutin harian.

Dunia pada masa kini banyak menggunakan perkhidmatan AI dan ia bukan sahaja dalam sektor perindustrian dan kilang malah kini dalam sektor runcit, kesihatan dan hiburan.

AI juga boleh digunakan dalam permainan komputer, meramal pergerakan saham, menafsirkan foto-foto, mendiagnosis penyakit, merancang perjalanan, menterjemah bahasa, melakarkan analogi, membantu membina mesin yang kompleks, mengajar logik, menulis muzik, membuat gambar, dan belajar untuk melakukan tugas-tugas dengan lebih baik.

Program AI lazimnya lebih baik daripada manusia dalam meramal harga saham, dan ia boleh mencipta kejayaan jangka panjang dalam rancangan perniagaan. Program AI digunakan dalam perdagangan elektronik untuk mengesan kemungkinan penipuan, menggunakan algoritma yang kompleks, dan digunakan untuk transaksi kewangan bernilai jutaan setiap hari. Program AI juga dapat meniru perilaku manusia yang kreatif. Sebagai contoh, muzik yang dihasilkan oleh program AI sukar dibezakan dengan komposisi oleh komposer terkenal.

Selain itu, pemaju AI perlu belajar untuk mengeksploitasi kemajuan dalam pemprosesan bahasa asal, penglihatan komputer, dan pembelajaran mesin. Pemaju AI juga perlu mempelajari cara untuk membuat inovasi penyelesaian dan aplikasi dalam pelbagai sudut.

 

Show More

Related Articles

Back to top button