AntarabangsaIsu Semasa

11 Jenama Air Minuman Terkemuka Tercemar Dengan Mikroplastik

Jenama-jenama air minuman terkemuka di dunia didapati tercemar dengan partikel kecil plastik yang dipercayai meresap masuk ketika proses pembungkusan dijalankan.

Penemuan terbaru ini adalah berdasarkan kajian besar-besaran yang dilaksanakan di 9 buah negara.

Memetik laporan The Star, penyelidik telah menjalankan ujian ke atas 250 air minuman di Brazil, China, India, Indonesia, Kenya, Lebanon, Mexico, Thailand dan Amerika Syarikat (AS).

Pakar mikroplastik, Sherri Mason dari State University of New York, menyifatkan penemuan itu sebagai “pencemaran yang meluas”.

Hasil kajian berjaya mengenalpasti kewujudan plastik pada 93% sampel pada jenama air minuman utama seperti berikut:

1. Aqua

2. Aquafina

3. Dasani

4. Evian

5. Nestle Pure Life

6. San Pellegrino. 

7. Bisleri

8. Epura

9. Gerolsteiner

10. Minalba

11. Wahaha

Sehubungan dengan itu, antara serpihan plastik yang ditemui adalah polypropylene, nylon dan polyethylene terephthalate (PET) yang digunakan untuk membuat penutup botol.

“Dalam kajian ini, 65% partikel yang kami jumpa adalah serpihan dan bukannya gentian.

“Saya rasa ia berpunca daripada proses pembotolan air. Mungkin bahan plastik yang kami temui datang daripada botol itu sendiri, penutup dn proses pembotolan air itu,” kata Mason.

Secara puratanya, partikel plastik dalam skala saiz 100 mikron (0.10 milimeter) yang disebut sebagai ‘mikroplastik’ ditemui pada kadar 10.4 partikel plastik bagi setiap liter air.

Partikel yang lebih kecil berada pada kadar purata 325 setiap liter.

Walau bagaimanapun, pakar menyatakan bahawa ia masih tidak jelas sejauh mana pencemaran ini boleh mendatangkan risiko terhadap kesihatan manusia.

“Terdapat kaitan dalam peningkatan jenis-jenis kanser tertentu kepada pengurangan bilangan sperma dan peningkatan (risiko) mengidap penyakit seperti ADHD dan autisme,” ujar beliau.

Tambahnya lagi, mikroplastik juga berhubung kait dengan kimia sintetik yang terdapat dalam persekitaran dan plastik juga menjadi ‘platform’ kepada bahan-bahan kimia itu untuk memasuki badan manusia.

Dalam pada itu, sebuah kajian sebelum ini turut mendapati kewujudan partikel plastik di pada air paip, tetapi dalam jumlah yang sedikit

Tegas Mason, ini menunjukkan air paip adalah jauh lebih selamat berbanding air botol setakat ini.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker