AntarabangsaIsu Semasa

Sukan Tinju Pecah Tradisi Wanita Arab Saudi

Wanita yang bersenam di khalayak ramai telah lama menjadi sasaran polis agama kerajaan Arab Saudi.

Namun pembaharuan sosial yang melanda Arab Saudi sejak kebelakangan ini, termasuk keputusan bersejarah yang membenarkan kaum wanita memandu bermula bulan Jun, telah menyorot perhatian terhadap individu seperti Halah Alhamrani, pemilik gim wanita, FlagBoxing.

FlagBoxing di tubuhkan pada 2016 dan menawarkan kelas bersenam seperti kalistenik, CrossFit, boxing, seperti kickboxing kepada wanita.

Alhamrani sedang berusaha untuk memperkasakan generasi wanita yang sebelum ini tiada pendedahan kepada sukan.

“Setiap hari, terdapat wanita yang tidak pernah melakukan apa-apa sukan datang ke kelas saya, ada juga yang datang bersama ibu mereka,” Alhamrani memberitahu AFP.

Wawasan 2030

Di bawah rancangan pembaharuan Wawasan 2030 oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman, kerajaannya sedang berusaha untuk melancarkan sukan wanita walaupun menghadapi risiko menyinggung pihak konservatif.

Olimpik London 2012 merupakan kali pertama Arab Saudi menghantar wanita, dua orang, untuk mewakili negara dan pada Olimpik Rio 2016, hanya empat atlet wanita telah dihantar.

Sejak itu, kerajaan tersebut telah memberikan lebih banyak prestij kepada gagasan itu, lalu melantik puteri terkenal Reema bint Bandar untuk menyelia sukan wanita pada tahun 2016.

Pelopor sukan wanita

Gambar oleh AFP

Arab Saudi juga sedang menuju ke arah mewajibkan kelas pendidikan fizikal untuk kanak-kanak perempuan selepas larangan dibatalkan pada tahun 2014.

Alhamrani juga terlibat dalam membentuk kurikulum sukan sekolah awam baharu.

Sebagai seorang anak kepada ibu yang berasal dari Amerika, beliau membesar dengan fikiran terbuka dan digalak bersukan daripada kecil.

Latar belakang Alhamrani telah meletakkannya di landasan yang sesuai untuk menjadi salah satu pelopor awal sukan tinju wanita.

Buat masa ini, gim miliknya beroperasi di luar kompleks kediaman, di belakang dinding kaca legap tanpa papan tanda di luar.

Alhamrani mengatakan bahawa beberapa wanita telah berhenti daripada menghadiri kelas senaman kerana ahli keluarga lelaki berasa terancam.

“Suami saya tidak berpuas hati”, Alhamrani diberitahu antara sebab wanita berhenti bersenam.

Di bawah sistem perwalian negara, seorang ahli keluarga lelaki – bapa, suami atau saudara – mesti memberi kebenaran kepada wanita untuk pembelajaran, perjalanan dan aktiviti lain.

Salah satu penghalang lain dalam sukan wanita adalah kekurangan ahli atlet wanita dan jurulatih profesional.

Walaupun gimnasium wanita sedang perlahan-lahan ditubuhkan, idea sukan bercampur jantina tetap tabu dan sesetengah wanita masih berhati-hati agar tidak menyinggung budaya negara.

Show More

Related Articles

Back to top button
Close