AntarabangsaIsu Semasa

Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Chile (MCFTA)

Pada 13 November 2010, Malaysia dan Chile telah menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Chile (MCFTA).

MCFTA merupakan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dua hala yang kelima yang dimeterai Malaysia bersama negara luar, dan ia mula dikuatkuasakan pada 25 Februari 2012.

Bukan itu sahaja, malah ia juga merupakan perjanjian ekonomi yang pertama di antara Malaysia dan negara Amerika Latin.

Menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), perjanjian ini memberi manfaat kepada pengeksport Malaysia, memandangkan Chile menghapuskan duti import ke atas 6,960 tarif daripada tarikh ia mula dilaksanakan.

Memetik laporan Utusan, eksport utama Malaysia ke Chile ialah barangan elektrik dan elektronik yang membentuk 41.8% daripada barangan yang dihantar ke negara itu, produk keluli dan besi (26%), getah (8.4%), kayu (7.8%) dan kimia (2.5%).

Import utama Malaysia dari Chile pula ialah kuprum dan plumbum (84.4%), kelengkapan pengangkutan (3.2%), produk kertas dan pulpa (3%) dan makanan laut segar atau dibekukan (3%).

Bidang-bidang yang tertakluk di bawah MCFTA adalah seperti berikut:

1. Perdagangan Barangan

– Tarif

– Peraturan Tempasal

РLangkah-langkah sanitari dan fitosanitari 

– Prosedur Kastam

– Halangan Teknikal Perdagangan (TBT)

2. Isu Perundangan

3. Remedi Perdagangan

4. Kerjasama

Dalam pada itu, perjanjian ini juga menggariskan komitmen kedua-dua pihak dalam meliberisasikan perdagangan barangan.

Malaysia dan Chila akan mengurangkan/menghapuskan duti secara progresif ke atas produk-produk industri dan pertanian masing-masing.

MANFAAT MCFTA

Dalam jangka masa panjang, perjanjian ekonomi di antara Malaysia dan Chile dapat mengukuhkan lagi perhubungan pedagangan dan pelaburan di antara kedua-dua negara.

Matlamat ini dapat direalisasikan dengan meningkatkan syer pasaran Malaysia di Chile, memudahkan aliran pelaburan dua hala dalam bidang yang mempunyai kepentingan bersama, serta mewujudkan peluang untuk meluaskan perdagangan dan pelaburan Malaysia di pasaran negara Amerika Latin yang lain.

Selain itu, Chila juga boleh menggunakan kelebihan berdagang bersama Malaysia sebagai pintu masuk ke pasaran ASEAN yang luas.

Malaysia juga mempamerkan prestasi yang baik dalam pengurusan ekonomi, di mana negara telah mencatatkan AS$ 375.8 bilion (RM 1.5 trilion) dalam jumlah dagangan, dan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2015 adalah 5%.

PENGHAPUSAN TARIF CHILE

Di peringkat permulaan penguatkuasaan MCFTA, Chile telah menghapuskan sepenuhnya 6,900 tarif bagi pelbagai produk, antaranya adalah peralatan rakaman dan mesin pemprosesan data (barangan elektrik dan elektronik), sarung tangan pembedahan, peralatan pesawat dan juga lemak sayuran

Pada tahun 2015, 355 tarif lagi telah dihapuskan, dan ia termasuk minyak sawit, serbuk koko yang mengandungi gula tambahan, sarung tangan getah, tekstil, pakaian dan aksesori, kasut, jubin seramik, produk kertas, peralatan mesin dan juga produk perabot kayu.

Tahun 2017 pula menyaksikan penghapusan tarif bagi pelbagai barangan lain seperti produk kimia, plastik, produk getah, kayu, dan juga kenderaan bermotor, antaranya.

PENGHAPUSAN TARIF MALAYSIA

Malaysia pula telah menghapuskan duti import ke atas 9,311 tarif sejak pelaksanaan MCFTA.

Bagi tahun 2015, 405 tarif dihapuskan ke atas produk-produk seperti minyak sayuran, gliserol, produk plastik, getah, kasut kalis air, produk tembaga, peralatan dapur dan lain-lain.

Dua tahun kemudian, 500 tarif lagi dikurangkan ke atas barangan termasuk paip, produk aluminium, tayar pneumatik baru, kenderaan berat (termasuk lori pembancuh simen), serta kenderaan pemadam api.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button