AntarabangsaHiburanIsu Semasa

Kim Jong Un ‘Amat Tersentuh’ Dengan Persembahan K-Pop

Pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-Un telah menyaksikan persembahan daripada barisan artis K-pop Korea Selatan di Pyonyang dan dilaporkan berkata beliau ‘amat tersentuh’ dengan persembahan tersebut.

Kehadiran berprofil tinggi Kim dan isterinya, Ri Sol Ju, dikatakan agak aneh disebabkan rejim autoritarian negara itu sering menapis sebarang budaya pop yang datang daripada Selatan negara tersebut.

Kim, merupakan pemimpin Korea Utara pertama untuk menonton persembahan daripada para penghibur daripada Korea Selatan. Beliau juga telah berjabat tangan bersama para artis dan berterima kasih kepada mereka, lapor agensi berita rasmi Korea Utara, KCNA.

KNCA melaporkan, Kim Jong-Un amat tersentuh melihat rakyatnya dengan ikhlas memuji persembahan tersebut, sejurus mendalami pemahaman tentang seni popular daripada Korea Selatan.

Gambar oleh North Korean Central News Agency (KCNA)

Delegasi seni Korea Selatan tersebut terdiri daripada 120 penghibur membuat persembahan dalam dua pertunjukan di ibu kota negara itu.

Gambar oleh North Korean Central News Agency (KCNA)

Menurut laporan AFP, Kim dan isterinya dilihat menepuk tangan semasa persembahan dilangsungkan. Mereka juga disertai oleh adik perempuan Kim, Kim Yo Jong, dan ketua istiadat Korea Utara, Kim Yong-nam.

Konsert yang bertemakan “Musim Bunga Menjelma” itu diadakan di Teater Utama Timur Pyongyang yang memuatkan 1,500 penonton. Ia diakhiri dengan tepukkan gemuruh daripada penonton selepas persembahan terakhir oleh semua delegasi seni yang menanyikan sebuah lagu tentang penyatuan.

Di kalangan delegasi artis yang menjadi perhatian ramai adalah kumpulan k-pop terkenal, Red Velvet.

Salah satu ahli kumpulan itu berkata, “Penonton Korea Utara memberi tepukan kepada persembahan kami lebih kuat daripada jangkaan dan turut bernyanyi bersama lagu-lagu kami.”

Kumpulan K-pop, Red Velvet
Show More

Related Articles

Back to top button