AntarabangsaIsu Semasa

Pelarian Rohingya Di Malaysia Tubuh Kelab Bola Sepak

Penganiayaan dan diskriminasi ke atas etnik minoriti Islam Rohingya dilihat masih berterusan dan belum menemui jalan penyelesaian kukuh.

Bukan itu sahaja, malah Rohingya juga dianggap sebagai kumpulan minoriti yang “paling dianiaya di dunia”.

Kerajaan Myanmar juga tidak mengiktiraf mereka sebagai salah satu daripada 135 etnik di negara itu, walaupun mereka telah menetap di negeri Rakhine sejak berkurun lamanya.

Senario ini sekali gus menjadikan Rohingya sebagai golongan yang tidak mempunyai kerakyatan atau “stateless”

Lebih menyedihkan, mereka juga terpaksa mengharungi pelbagai bentuk penganiayaan seperti penyeksaan, pembunuhan, dan tidak diberi sebarang keperluan asas untuk terus hidup.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kira-kira 750,000 pelarian Rohingya (kebanyakannya wanita dan kanak-kanak), telah melarikan diri dari Myanmar apabila pihak berkuasa melancarkan operasi ketenteraan ke atas puak minoriti itu.

Sekurang-kurangya 9,000 orang telah terbunuh di Rakhine daripada 25 Ogos sehingga 24 September.

 

PELARIAN ROHINGYA DI MALAYSIA TUBUH PASUKAN BOLA SEPAK

Baru-baru ini, pelarian Rohingya yang melarikan diri ke Malaysia pada tahun 2015 Malaysia telah menubuhkan sebuah pasukan bola sepak untuk membuktikan kemampuan mereka apabila berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang penindasan.

Memetik laporan Al-Jazeera, skuad yang berpangkalan di Kuala Lumpur itu bergelar Rohingya Football Club (RFK).

“Kumpulan ini diasaskan untuk memberi golongan Muslim Rakhine suara di dunia dan menunjukkan bahawa mereka juga boleh berjaya.

“Sehingga kini, kita telah mendengar pelbagai berita buruk mengenai Rakhine. (Oleh itu), matlamat kami adalah untuk memberi khabar gembira tentang Rakhine,” kata Muhammed Nur, pengasas dan pengerusi RFK.

 

ROHINGYA BERMAIN BOLA SEPAK DI SELURUH DUNIA

Menurut Nur, warga etnik Rohingya bermain bola sepak untuk kelab-kelab di serata dunia, termasuk Kanada, Australia dan Ireland.

Beliau berkata, mereka juga berharap untuk menubuhkan sebuah skuad kebangsaan daripada kelab-kelab yang disertai.

Selain itu, Konfederasi Persatuan Bola Sepak Bebas (CONIFA) akan menganjurkan kejohanan Piala Dunia khusus untuk golongan minoriti.

“Kami menyasarkan untuk melayakkan diri ke Piala Dunia ini. Kami juga mahu pergi ke Piala Asia di Jepun pada tahun hadapan,” kata Nur.

Tambahnya lagi, pihaknya juga berharap akan mendapat sokongan/bantuan daripada kerajaan Malaysia dan Turki dalam usaha melakar kejayaan di peringkat antarabangssa.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button