Hiburan

Pelakon Malaysia Berjaya Ceburi Hollywood

Mengikut jejak langkah pelakon veteran industri perfileman, Michelle Yeoh yang terkenal memegang watak sebagai salah satu Charlie’s Angel, seorang lagi penggiat seni Malaysia juga telah menceburi industri perfileman di Hollywood, Amerika Syarikat.

Shiva Kalaiselvan, yang kini tinggal di New York, telah dilantik untuk bermain watak Lelia, seorang watak berulang di dalam siri televisyen terkenal, ‘Gotham’.

Debutnya bermula pada 29 Mac di dalam episode ‘A Dark Knight: One of my Three Soups’.

Shiva, 34, berkata dia memagang watak seorang pemimpin kontinjen wanita League of Shadows yang tegas mementingkan peraturan dan kesetiaan. Lelia merupakan seorang yang benar-benar memegang ajaran League dan setia dengannya.

League of Shadows adalah sekumpulan pembunuh yang dimainkan di dalam siri televisyen Gotham, yang menceritakan kisah beberapa watak daripada siri komik ‘Batman’.

Gambar oleh Shiva

Apabila ditanya tentang perasaannya, Shiva menyifatkan pengalaman tersebut sebagai pengalaman di luar realiti dan telah lama ingin berlakon di dalam drama tersebut.

“Saya tidak pasti bagaimana untuk memberitahu tentang perasaan ini. Ia lebih daripada perasaan gembira atau seronok…Saya tidak boleh membayangkan pengalaman seperti ini,” katanya kepada The Star.

“Saya telah bertemu kebanyakan pelakon (drama ini) – sama ada bekerja dengan mereka dalam satu babak atau ketika kami mendandan rambut atau bersolek. Semua orang sangat baik! Sangat mesra,” kata Shiva.

Di Malaysia, Shiva telah tampil dalam beberapa persembahan teater, termasuk ‘After Juliet’, ‘Indicinelive IV’ dan ‘Malaysian Girls’.

Show More

Related Articles

Back to top button