HiburanTeknologi

DLC GTA Online Minggu Ini

Bagi peminat tegar GTA Online, minggu ini Rockstar telah mengumumkan kandungan terbaru (DLC) mereka yang berkonsepkan perlumbaan kereta.

DLC Southern San Andreas Sport Series menampilkan beberapa siri perlumbaan dengan bonus Reputation Points (RP) dan GTA$ sebagai ganjaran.

Selain itu, 2 kereta hebat turut di umumkan iaitu Pegassi Tezeract dan sebuah kereta lumba custom, Vapid Ellie.

Menerusi DLC ini, diskaun untuk beberapa pembelian di dalam permainan turut diberikan antaranya:

Harta & Aset

  • Fort Zancudo Hangar A2 – diskaun 50%
  • Special Cargo Warehouses – diskaun 50%
  • Smoke Tree Road Bunker – diskaun 35%
  • Arcadius Business Center – diskaun 30%
  • Aquarius Yacht – diskaun 30%
  • FH-1 Hunter (Helicopter Bersenjata) – diskaun 30%

Naik taraf kenderaan (diskaun 25%)

  • Exhausts (termasuk JATO)
  • Liveries
  • Engines
  • Turbo
  • Brakes
  • Transmission
  • Spoilers

Bonus 2 kali ganda GTA$ juga diberikan bagi aktiviti Cargo Sales (Import /Export DLC)  dan Bodyguards/Associates akan menerima gaji GTA$ berganda.

DLC Southern San Andreas Sport Series ini boleh dimuat turun untuk semua konsol PS4, Xbox One dan termasuk juga PC.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker