Sukan

Aubameyang Lepaskan Hatrik Bagi Membantu Keyakinan Lacazette

Pierre Emerick-Aubameyang melepaskan peluang untuk melengkapkan hatrik pertamanya bersama Arsenal ketika menentang Stoke City apabila dia memberikan satu sepakan penalti kepada Alexandre Lacazette. Selepas perlawanan itu, Aubameyang memberitahu ia adalah percubaan untuk meningkatkan keyakinan penyerang dari perancis itu.

Image result for aubameyang

Pada mulanya, mereka kelihatan seperti akan menamatkan perlawanan dengan sekadar seri 0-0 di laman sendiri, tetapi Arsenal memperkuatkan serangan pada 15 minit terakhir perlawanan dan berjaya membolos pintu gol Stoke menerusi Aubameyang pada minit ke-75.

Penyerang dari Gabon itu berjaya menjaringkan tendangan penalti selepas Mesut Ozil dijatuhkan oleh Bruno Martins Indi, dan kemudian menyumbatkan gol kedua beberapa minit selepas itu.

Arsenal kemudiannya dihadiahkan sepakan penalti kedua selang beberapa minit yang bakal melihat Aubameyang menjaringkan gol hatrik, namun Lacazette yang baru sahaja pulih dari kecederaan selama enam minggu diberikan peluang untuk mengambilnya. Lacazette tidak mensia-siakan peluang yang diberi dan menjaringkan gol pertamanya di Liga Perdana Inggeris sejak awal Disember tahun lalu.

Image result for aubameyang

Dan Aubameyang berkata dia melakukan sedemikian untuk meninggkatkan keyakinan rakan sepasukannya.

“Laca telah kembali, dan saya tahu saya telah menjaringkan dua gol jadi saya biarkan dia mengambilnya,” katanya kepada Sky Sports. “Ianya baik untuk keyakinannya.”

Aubameyang menayangkan potongan rambut yang istimewa pada hari perlawanan, dengan perkataan “Marina” dicukur pada sisi kepalanya.

Image result for aubameyang

Dia menerangkan selepas perlawanan itu bahawa ia adalah penghargaan kepada neneknya yang telah meninggal dunia baru-baru ini.

“Ia adalah nama nenek saya,” katanya. “Dia meninggal dunia minggu lalu, jadi ini adalah dedikasi kepada dia.”

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker