Bisnes & Ekonomi

Integriti-Rahsia Kekayaan Tan Sri Jeffrey Cheah

Tan Sri Jeffrey Cheah Fook Ling tersenarai sebagai individu ke 13 terkaya di Malaysia. Terkenal sebagai seorang yang dermawan, pada tahun lalu kekayaannya telah mengalami peningkatan sebanyak 29%.

Menurut akhbar The Star, Cheah merupakan pengasas dan pengerusi bagi Kumpulan Sunway, syarikat yang berjaya menukar sebidang tanah lombong menjadi sebuah bandar moden yang dinamakan sebagai Bandar Sunway.

Mengambil masa lebih empat dekad, beliau akhirnya berjaya mengubah syarikat perlombongan timah yang belum pasti masa depannya menjadi sebuah konglomerat dalam bidang perhotelan, pendidikan, penjagaan kesihatan & infrastruktur.

Ketika sektor hartanah bergerak perlahan di rantau ini pada tahun lalu, Sunway Bhd terus mencatatkan prestasi kewangan yang berdaya saing.

Pada 31 Disember 2017, Sunway Bhd telah disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia dengan permodalan pasaran sebanyak RM8.67bilion. Dikenali dengan pembangunan hartanah ikoniknya, Sunway Bhd mempunyai kehadiran di berbilang pasaran antarabangsa seperti China, Australia dan Singapura.

Sayap syarikat pembinaan Sunway Group, Sunway Construction Group Bhd (SunCon), juga telah membina nama pada tahun 2017 memandangkan ia berjaya memperoleh kontrak melibatkan pembinaan infrastruktur mega.

Syarikat yang telah disenaraikan pada tahun 2015 itu berjaya mendapatkan kontrak melibatkan  LRT 3, MRT serta projek Perumahan Awam 1Malaysia.

Selain daripada Sunway Bhd dan SunCon, entiti ketiga yang tersenarai di Sunway Group ialah Amanah Pelaburan Harta Tanah (Reit) Sunway, dengan kepentingan ekuiti hampir 40%.

Portfolio Sunway Reit memaparkan bilangan aset yang semakin meningkat, antara aset tersebut termasuklah Sunway Pyramid, Sunway Carnival Mall dan Sunway Putra Hotel.

Walaupun dilahirkan dan dibesarkan di sebuah pekan kecil di Perak yang dipanggil Pusing, beliau bukanlah seorang orang kampung yang biasa-biasa. Kisah kejayaannya telah menjadi inspirasi kepada ramai golongan muda yang bercita-cita tinggi.

PERNAH TOLAK TAWARAN BUKA KASINO

Tiga prinsipnya dalam kehidupan adalah integriti, merendah diri serta sentiasa mengejar kecemerlangan.

Cheah, 71,  mengimbas kembali bahawa dia pernah ditawarkan lesen kasino sebanyak dua kali namun dia menolak tawaran tersebut. Hal ini kerana terangnya,  “Saya tidak mahu wang seperti itu.”

Beliau sangat menentang sektor perjudian seperti yang dijelaskannya: “Saya tidak mahu melibatkan diri dalam perniagaan ini kerana ia menghancurkan kehidupan.

“Kebanyakan orang di Pusing adalah orang-orang miskin jadi mereka ingat jika  mereka berjudi di  kasino ia akan mengubah nasib mereka. Namun begitu, sebenarnya sangat sukar untuk menang. Ramai yang rugi dan saya pasti lebih banyak orang yang kalah daripada yang menang.

“Jadi kenapa kita perlu melibatkan diri dalam perniagaan yang sedemikian? Kita tidak perlu melakukan sesuatu yang menyakiti orang lain dan memecah-belahkan keluarga.

“Saya tidak bermaksud orang yang terlibat dalam perjudian adalah tidak baik. Tetapi pada pendapat saya perjudian adalah buruk dan selagi saya hidup saya rasa saya tidak patut melibatkan diri dalam perjudian”

Beliau berkata beliau sangat menentang rokok dan perjudian dan mahu orang ramai menghargai kesihatan mereka.

“Itulah sebabnya Universiti Sunway hari ini bebas rokok,” tegasnya.

Apabila ditanya bagaimana dia mahu mengubah dunia. Ini jawapannya.

“Gunakan pendidikan. Didiklah generasi akan datang dan dunia akan jadi tempat yang lebih baik.

Bagi Cheah sendiri, sumber inspirasi dan motivasi bagi kejayaan yang dikecapinya hari ini adalah seorang pastor Amerika yang bernama nama John Harvard.

Hal ini kerana sejurus sahaja beliau meninggal dunia pada tahun 1938 beliau telah mendermakan seluruh perpustakaan milknya ke kolej khusus untuk melatih pastor dan ahli teologi.

Kolej tersebut kini dikenali sebagai Universiti Harvard, salah sebuah pusat pengajian tinggi  Ivy League di Amerika Syarikat serta merupakan salah sebuah universiti terkemuka di dunia.

Bagi Cheah, mencontohi sikap pastor yang baik hati itu merupakan satu tindakan yang mulia. Setelah belajar tentang kehidupan dan jasa John Harvard, antara misi kehidupannya adalah berusaha untuk membantu masyarakat, terutamanya golongan yang miskin dan memerlukan.

Memberi pendidikan merupakan perkara pertama dalam senarai tersebut, jadi pada tahun 1986 beliau telah membuka Sunway College.

Walapun pada awal pembukaan kolej tersebut ia telah mengalami kerugian namun Cheah meneruskan juga usaha murninya itu. Sejurus kolej itu mula mejana keuntungan, dia meletakkan kolej tersebut di bawah dana amanah pendidikan.

“Saya mahu memastikan semua keuntungan yang dijana disalurkan semula ke kolej untuk tujuan penyelidikan serta  penambahbaikan kemudahannya,” tegas Cheah.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker