Teknologi

Menghubungkan Masyarakat Luar Bandar Dengan Kemudahan Perbankan

Ketika membesar di Terry, Mississippi, Sheena Allen seorang app developer jarang meluangkan masa di bank-bank.

Sehingga kini, pekan kecil yang terletak 17 kilometer ke selatan Jackson itu hanya mempunyai satu cawangan bank. Sehingga kebanyakan masyarakat di sini tidak pernah mempunyai akaun bank, nenek dan moyang Allen tidak terkecuali.

Disebabkan hal ini, mereka sering bergantung kepada pinjaman berdividen mahal dan perkhidmatan menunaikan cek.

Satu kajian yang telah dijalankan oleh sebuah organisasi, Federal Deposit Insurance Corporation (FDIC) pada tahun 2015, telah mendapati lebih daripada 15 juta orang dewasa AS tidak mempunyai akaun bank.

Allen, 29, hanya merasakan penting untuk kejiranannya memiliki akaun bank ketika dia pulang ke rumah untuk bercuti pada tahun 2015.

Dia perasan bagaimana mereka di sana yang masih bergantung pada perbankan bukan tradisional kehilangan banyak wang mereka menerusi sistem faedah dan bayaran untuk menunaikan cek.

Ketiadaan akaun bank juga boleh menyebabkan kesukaran dalam perkara-perkara seperti membeli rumah serta menyimpan duit untuk kegunaan masa hadapan.

Selepas bertahun-tahun tinggal di beberapa bandar besar di Amerika Syarikat, dia secara tidak sengaja mendapat ilham tentang idea perniagaannya yang paling besar di tempat asalnya.

Sheena Allen pengasas CapWay

Pada tahun 2016, dia mula mengusahakan CapWay, sebuah aplikasi perbankan dan kewangan dalam talian yang bertujuan membantu golongan yang tidak mempunyai bank, kurang menggunakan bank dan orang yang bekerja sendiri.

“Saya tahu masalah ini daripada sudut pandangan peribadi saya hal ini kerana ia melibatkan keluarga dan rakan-rakan saya. Namun, saya tidak tahu masalah ini wujud di luar Mississippi,” jelas Allen, yang menghabiskan masa setahun mengembara ke seluruh Amerika Syarikat untuk mengkaji isu tersebut.

Allen menerangkan, pengguna boleh menghubungkan akaun sedia ada ke aplikasi atau mendapatkan kad pra-bayar dari CapWay, yang mempunyai kadar bayaran yang lebih rendah berbanding kebanyakan kad lain yang sedia ada.

CAP WAY MEMBERI PENGGUNA ILMU BERKENAAN PERBANKAN

Ia akan memberikan cadangan khas berdasarkan tabiat perbelanjaan individu. Contohnya, seperti memberitahu terdapat program yang dikendalikan oleh kerajaan untuk memiliki rumah sendiri atau memberitahu mereka bagaimana untuk mengelakkan bayaran overdraft.

Tujuan utamanya, adalah untuk mengubah tingkah laku pengguna serta menyokong peralihan pengguna dalam menggunakan akaun bank.

Sesiapa sahaja boleh menggunakan app ini, namun penggunaannya lebih disasarkan kepada mereka yang lahir di zaman millennium untuk mengelakkan mereka terus terlibat dalam masalah ini,” katanya.

Menurut laman berita CNN, buat masa ini CapWay masih di peringkat ujian. Ia akan mula dilancarkan ke iOS, Android dan pengguna web mudah alih di Mississippi. Hal ini kerana Mississippi mempunyai jumlah penduduk tertinggi yang tidak mempunyai bank atau jarang menggunakan bank.

Apabila ia dilancarkan di peringkat kebangsaan akhir tahun ini, CapWay akan bekerjasama dengan sekolah, majikan, institusi kewangan dan organisasi masyarakat di Selatan untuk mengakses golongan masyarakat yang memerlukannya.

Allen berkata syarikat itu menjana keuntungan daripada perkongsian berbayar, bayaran dari kad pra-bayar, serta kandungan dan iklan yang ditaja.

Allen mengatakan CapWay akan memastikan kandungan pendidikannya mudah difahami serta disesuaikan khas untuk penggunanya.

“Yang paling penting adalah memberikan pengguna ilmu berkaitan kewangan serta memberikan mereka alat supaya mereka boleh menggunakan ilmu yang diberikan.  Hal ini kerana, anda tidak boleh memberi individu hanya sebahagian kepada sesuatu, kemudian mengharapkan untuk melihat perubahan yang besar,” kata Allen.

APLIKASI PERBANKAN MEMBERI IMPAK YANG BESAR KEPADA PENGGUNA

Menurut John Thompson, seorang ketua program di Financial Services Innovation [CFSI], kini kebih mudah bagi orang awam yang pada asalnya tidak mempunyai akaun bank mendapatkan akses terhadap perkhidmatan kewangan. Hal ini kerana, kini adanya perkhidmatan seperti kad prabayar, serta lebih banyak bank tradisional menyediakan perkhidmatan mereka dalam talian dan app.

“Aplikasi di platform mudah alih mempunyai peluang besar untuk mencipta impak – bukan sahaja supaya pengguna boleh mendapatkan akses kepada perkhidmatan yang berkaitan, namun lebih penting untuk membantu meningkatkan produktiviti mereka apabila menggunakan perkhidmatan tersebut,” jelas Thompson.

ALLEN ‘JATUH CINTA’ PADA PEMBIKINAN APP

Allen mula membuat app sejak tahun keduanya di University of Southern Mississippi, di mana dia menuntut tentang  filem dan psikologi.  App pertamanya adalah untuk menyusun resit dalam Microsoft Word.

Tertawan dengan proses pembikinan app dia kemudian membuat beberapa aplikasi lain. App Words on Picsnya membolehkan pengguna menulis teks pada gambar mereka.

TwtBooth satu lagi app ciptaannya, mengumpulkan imej dari Twitter pada satu tempat (dalam masa kurang setahun selepas kemudian, Twitter melancarkan ciri ini).

Menggunakan modal sebanyak $ 125,000 dengan 4 orang pekerja, CapWay merupakan perniagaan yang lebih besar berbanding perniagaannya yang terdahulu.

Disebabkan ini, Allen menyertai program inkubator perniagaan di New Orleans yang digelar PowerMoves dan menerima pembiayaan tambahan dari Liberty Bank. Dia juga menerima dana daripada Backstage Capital, firma VC Silicon Valley yang banyak membantu pengasas yang belum dikenali ramai.

Apa yang berbeza tentang perniagaannya, katanya, ia dijalankan oleh individu yang memahami orang-orang sebenar yang tidak mempunyai bank.

“Memahami masalah dan memahami individu adalah dua perkara yang berbeza.”  Terangnya menutup perbualan.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker