Events

Lawak Ke Der Kembali Dengan Nafas Baharu!

 Lawal Ke Der 2018

Tempat: Istana Budaya
Tarikh: 29 – 31 Mac 2018
Masa: 8.30 malam
Admission Ticket: Tiket berharga RM58 hingga RM208 boleh didapati di http://www.airasiaredtix.com. Terdapat diskaun 15% untuk pelajar dan warga emas.

“Lawal Ke Der 2018” akan dipentaskan di Istana Budaya bermula 29 – 31 Mac 2018. Kali ini, Lawak Ke Der kembali dengan nafas baharu dan akan diwarnai nama-nama besar industri seni Malaysia dan Singapura iaitu Dato’ Aflin Shauki, Dato’ Zainal Abidin, Gumit Singh, Kumpulan Shiro, Sherry Al-Hadad dan Shauk.


Seoul-Ful Fair

Tempat: Sunway Putra Mall
Tarikh: 30 Mac – 8 April 2018

Seoul-Ful Fair akan berlangsung selama 10 hari dan akan memaparkan pelbagai makanan Korea, bengkel seni dan kraf, cabaran mee pedas Korea, bengkel membuat Kimchi, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan pelbagai lagi. Jangan ketinggalan untuk merasakan budaya Korea.


Himpunan Usahawan Bumiputera (HUB) 2018

Tempat: Axiata Arena, Bukit Jalil
Tarikh: 30 – 31 Mac 2018
Masa: Bermula dari 9 pagi

Dijangka seramai 14,000 usahawan dan PKS Bumiputera akan berhimpun untuk mendengar amanat daripada YAB Perdana Menteri. Selain itu, himpunan ini juga memberi peluang kepada usahawan untuk mengukuhkan jaringan perniagaan. Usahawan juga akan diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam sidang kemuncak di mana mentor dan pakar industri berkongsi strategi keusahawanan mereka serta memberi motivasi dan inspirasi.


Karnival Jom Niaga Wilayah Tengah 2018

Tempat: Axiata Arena, Bukit Jalil
Tarikh: 30 – 31 Mac 2018
Masa: 9 pagi – 11 malam

Karnival Jom Niaga bertujuan untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan PKS, di samping memberi peluang kepada agensi Kerajaan dan institusi kewangan untuk menyebarkan maklumat mengenai insentif dan bantuan yang disediakan. Lebih 250 pempamer yang terdiri daripada usahawan, institusi kewangan dan syarikat swasta. Terdapat 50 food truck turut terlibat dalam karnival ini.

Show More

Related Articles

Back to top button
Close