HiburanTeknologi

Mad Max dan Heavy Rain Percuma Di PS Plus April Ini

Bermula 5 April ini, seperti biasa PlayStation akan memberikan beberapa permainan video secara percuma untuk dimuat turun khas untuk pemilik akaun PlayStation Plus (PS Plus).

Bagi konsol PlayStation 4 (PS4), Highlight utama tajuk permainan bulan ini adalah Mad Max, sebuah permainan aksi berdasarkan francais filem Mad Max.

Mad Max | Avalanche Studios / Warner Bros. Interactive Entertainment

Seperti di dalam filem, Mad Max adalah permainan ‘aksi-pengembaraan’ bertemakan post-apocalyptic yang terkenal dengan perang dan kereta tempur.

Satu lagi permainan yang hebat pada 2010, Heavy Rain juga diberikan secara percuma menerusi PS Plus untuk PS4.

Heavy Rain | Quantic Dream / Sony Computer Entertainment

Permainan ini mengisahkan 4 protagonis yang terlibat dalam misteri Pembunuh Origami, seorang pembunuh bersiri yang menggunakan hujan untuk membunuh mangsa.

Heavy Rain adalah permainan interaktif dimana pemain perlu memilih pelbagai pilihan dengan pelbagai jalan cerita.

Blazblue: Central Fiction, sebuah permainan bertarung 2D, juga diberikan secara percuma dalam tawaran ini.

Selain 3 tajuk permainan ini, PS Plus juga menawarkan beberapa permainan percuma seperti Sky Force Anniversary (PS4, PS3 & PSVita) dan Toy Home (PS3).

Tawaran untuk permainan-permainan ini akan berlangsung dari 5 April hingga 9 Mei 2018.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker